Persembahan yang diperoleh secara adhoc...latihan hanya dibuat sehari sebelum persembahan. Jam 9.00 pagi bertolak ke Keramat Mall bersama van Pak Ariffin. Hanusree terpaksa ditinggalkan kerana lewat. Kami tidak mahu terlewat sampai ke tempat yang dituju. Mendapat panggilan daripada ibu Hanusree....maaf dipinta banyak kali kerana terpaksa meninggalkan Hanusree....pesanan telah diberi supaya jangan lewat. Perjalanan kami ke sana berjalan lancar......sesampai sahaja diperkarangan dewan ada sebuah kereta keluar dari parking. Memang cantiklah, terus dituju dan kereta diparking kat situ.
Barangan dibawa keluar dan anak-anak angklung mengemas semua peralatan dan memulakan saound check. Tanpa mic pun ok kerana dalam dewan...mengaum juga bunyinya. Sebelum memulakan persembahan sempat kami memainkan lagu Sandiwara Cinta...mencuba skor. Wah boleh pakai skor ni nampaknya. Selesai bermain...apa lagi posing time! Kesian Azean terpaksa memakai baju purple berseorangan oleh kerana Hanusree tiada.
Sementara menanti persembahan dimulakan kami memulakan majlis dengan ......makan dulu!
Selesai makan kami ke atas semula bersiap sedia untuk memulakan majlis dengan lagu pertama kami Selamat Pengantin Baru. Sempat juga kami bergambar bersama Kumpulan Gamelan Salwa dari Banting. Ini Kali ketiga kami bersama-sama membuat persembahan di bawah Wariseni Budaya. Pertama sekali di Laman Budaya, kedua di PWTC dan ketiga di sini, Keramat Mall.
Satu demi satu lagu kami mainkan sehinggalah lagu ke 17.....baharulah mempelai tiba ke dalam dewan. Jenuh dah anak-anak angklung mengayun angklung kat atas ni...syabas anak-anak angklung. Anda hebat!
Memerhatikan mempelai diarak hingga kepelamin. Setelah selesai direnjis-renjis dengan air mawar....kami memainkan lagu Bunga Rampai mengiringi mempelai ke meja utama untuk makan beradap.
Meneruskan persembahan dengan tiga lagu terakhir....memang penat dah anak-anak angklungku. Selesai sahaja anak-anak dilepaskan untuk mengambil makanan dan minuman serta makan aiskrim. Meninggalkan dewan dengan penuh keriangan dan tanpa sedar seluruh CD ku juga tertinggal kat dewan bersama Emcee....alahai.
No comments:
Post a Comment