Thursday 30 August 2018

Ambang Merdeka 2018

Khamis, 30 Ogos 2018, sebenarnya aku ditugaskan untuk acara catwalk, namun ada persembahan yang tidak dirancang. Hari ini Cikgu Atikah menyatakan nak bawa Jalur Gemilang ke pentas untuk menggantikan bendera Union Jack. So, Shakil menjadi pembantu antara 4 orang murid yang dipilih untuk tugas ini sementara Aiman Shafiq, buat kali pertama akan memulakan pukulan jidurnya. Jam 4.30 petang kami ambil kesempatan untuk buat latihan pukulan dan lipatan bendera. Jadi lihatlah hasilnya.


 

  

  






Jahit Menjahit

Khamis, 30 Ogos 2018 setelah berjanji dengan anak-anak angklung sesi petang, di Bilik Butik D'Angklung, proses menjahit dan menggira stok dijalankan. baju-baju yang rosak diasingkan untuk dihantar ke kedai menjahit sementara yang kehilangan butang, tertetas jahitan dan sebagainya dibetulkan oleh anak-anak angklung. Syabas, kerjasama mereka amat memberangsangkan dan dapat belajar cara-cara menjahit dengan betul. Sifu pada hari ini ialah Saiful Gedek Gedek Sis.





Tuesday 14 August 2018

Perasmian Sambutan Kemerdekaan 2018

Selasa 14 Ogos 2018, setelah dua hari menjalankan latihan, koir adhoc membuat  persembahan di hadapan murid-murid sesi petang. Perasmian yang ringkas tetapi sungguh bermakna untuk anak-anak SMK Taman Sri Muda. Saiful turut serta dalam persembahan ini bersama-sama Aslinda.






Saturday 11 August 2018

Sanggar Angklung 2018


Projek mega kelab akhirnya dapat direalisasikan pada 11 Ogos 2018 bertempat di Bilik Gerakan SMK Taman Sri Muda. Projek ini bermula dengan Sanggar Angklung bersama-sama para peserta Tingkatan 1 ahli Kelab Angklung Wariseni, JIM di KLIA, diikuti pula dengan SMK TTDI Jaya, Tadika Small Wonder Children's House dan Sanggar Angklung 2018. Bengkel ini telah dihadiri lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri daripada peserta luar , guru-guru sekolah dan ahli-ahli kelab angklung sekolah ini. Jurulatih jemputan kami ialah Encik Mochamad Sani Winandar. Pembekal dan tenaga pengajar untuk angklung di Bandung , Indonesia.


Pelbagai teknik dan cara telah diajar dan diberikan kepada kami dalam bengkel ini oleh beliau. Kami sungguh berasa gembira dan teruja dengan aktiviti bengkel yang dikendalika oleh beliau. Beberapa pengetahuan tentang angklung yang dahulunya tertanta-tanya dalam diri akhirnya terjawab hari ini. Ilmu itu sangat luas, terserah pada kita untuk mencari, menambah dan melengkapkannya. Terima kasih kepada Pak Sani, moga perhubungan antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia bertambah erat dalam seni angklung ini.



  



  


Thursday 9 August 2018

Projek LOCCO

Setelah mendapat persetujuan dari pada Pengetua kami iaitu Puan Saras, 9 Ogos 2018, Harith dari LOCCO Tourism of Malaysia datang untuk merakamkan pelglibatan anak-anak angklung dalam dunia seni angklung ini. Mereka ingin mempromosikan semula muzik angklung telah ditinggalkan oleh generasi terkini dan memperkenalkan kembali ke persada seni tradisional negara. Semoga usaha murni mereka berjaya dan kami hanya mampu memberikan sumbangan tenaga.