Saturday 27 February 2016

Kita P.Ramlee (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)




Hari ini anak-anak angklungku merasa naik van Arkib Negara untuk dibawa ke Pustaka Peringatan P.Ramlee yang terletak di Jalan Dedap, Kuala Lumpur. Alhamdulillah perancanganku dengan Rahayu tercapai juga untuk membuat persembahan di sini, berkat sesat sesat...hahahahaha!


Anak-anak angklungku melihat sekitar pustaka dan menonton wayang pacak. Berkali-kali mereka bertanya...Cikgu, cikgu betul ke ini rumah P.Ramlee? Mereka masih tidak percaya bahawa mereka menjejakkan kaki ke rumah seniman agung P.Ramlee.



Sebelum membuat persembahan mereka makan dulu....ada yang mengadu lapar dah. Sedap nasi ayamnya. Terima kasih belanja kami makan. Selepas makan mereka kembali menonton wayang pacak. Tetiba wartawan daripada Edisi 7 dan RTM ingin mewawancara bebudak ni. Fatihah dan Alif menjadi mangsa. Cikgu juga turut terlibat sama. Hahahaha....ingat boleh lepas!





Persembahan dimulakan awal sedikit sebab mereka ingin membuat sedikit rakaman. Tiga buah lagu kami dendangkan. Kesemuanya lagu-lagu P.Ramlee.


Selepas itu kulepaskan mereka meronda sekitar bazar sebelum membuat persembahan penuh pada pukul 2.00 petang nanti.




Tepat jam 2.00 petang kami memulakan persembahan. 15 buah lagu kami dendangkan dan diakhiri dengan lagu Lagenda nyanyian Sheila Majid khas untuk P.Ramlee.





Sebelum melangkah pulang kami bergambar beramai-ramai bersama-sama staf Pustaka Peringatan P.Ramlee. Terima kasih daun keladi jangan serik undangi kami.



Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke 21 SMK Taman Sri Muda

Tak pandai aku nak bercerita part ni sebab ketidak beradaan aku di dewan sekolah pada hari kejadian. Namun daripada foto-foto dapat kugambarkan semuanya berjalan dengan lancar....berkat usaha anak-anak angklung yang tekun berlatih. Masih mampu mengukir senyum walaupun telah didera oleh mak tiri mereka apabila diarahkan membuat latihan pesat petang Jumaat.


Wajah ceria terserlah  pada riak muka anak-anak angklung menunjukkan mereka telah berikan yang terbaik pada petang ini. Tahniah dan syabas....cikgu bangga dengan kamu semua. Bangga menjadi anak-anak angklung cikgu yang setia.








Friday 26 February 2016

Bazar Warisan (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia)

26 Februari 2016....mendapat jemputan ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya untuk persembahan angklung. Alhamdulillah...bertambah pengalaman anak-anak angklungku. Bertolak ke sana tepat jam 11.00 pagi dan tiba sebelum tengahari. Mencari Encik Najib dan bertemu dengan Cik Seha yang menguruskan bahagian persembahan. Setelah mendapat maklumat kulepaskan anak-anak angklungku menjelajah taman bersama-sama kamera. Inilah aksi mereka.





Fazli mengadu lapar. Kuberi anak-anak angklungku makan tengahari. Hari ini mereka menunaikan kewajipan di surau taman sahaja. Takut hendak kulepaskan jauh-jauh, nanti tak sampai semula ke taman tepat pada waktu. Jam 2.20 petang kuarahkan anak-anak angklungku bersiap.



Penantian.....memang telah biasa. Setelah menanti lebih kurang 4 jam maka bermulalah persembahan kami yang seadanya. PA sytem mantop! Dengar kesemua angklung anak muridku. Anak-anak Jepun pun seronok bermain bersama-sama.









Penat menanti dan bermain.....makan time. Kami bedal semua. Alhamdulillah. Kenyang dan gembira kami melangkah pulang. Terima kasih Taman Warisan. Jumpa lagi.

Sunday 21 February 2016

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2016 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia)

Jemputan mengejut untuk mengadakan persembahan angklung dalam Majllis Sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Pendidikan Mualaf Hulu Langat pada pagi ini. Bertolak ke Kajang setelah mengemaskinikan angklung yang hendak dibawa pada pukul 9.00 pagi. Hari ini Al Fitri dapat bersama-sama kami untuk menghiburkan para jemputan. Sesampai di sana terus menghubungi Puan Khadijah oleh kerana kami tak pasti lokasinya di mana. Tetiba depan kami ada orang memakirkan keretanya lalu kuambil kesempatan dan bertanyakan lokasi persembahan. Memang tepat terjahan kami. Terus kami memunggah barang-barang dan menuju ke lokasi. Setiba di sana kami menjamu selera setelah diberikan kupon makanan.




Sementara menanti waktu persembahan, kami melayan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekeliling majlis.


Sempat juga berposing sedas dua.

Anak-anak Angklung Wariseni

Anak-anak Angklung SMK Tinggi Kajang
Setelah ucapan aluan dan perasmian, persembahan tarian singa memulakan langkah. Seronok juga melihat telatah orang yang menggayakan patung singa tu.



Setelah itu giliran kami memulakan persembahan. Persembahan kami kali ini disertai juga oleh ahli-ahli Kelab Angklung SMK Tinggi Kajang. Memang mendapat sambutan hebat. Mereka pun tidak menyangka persembahana angklung kami sebegitu. Mendapat pujian daripada pelbagai peringkat usia malahan daripada pelajar tahfiz juga.Para VIP turut menyanyikan lagu-lagu yang kami dendangkan.






Ingatkan persembahan kami tamat selepas mengakhiri persembahan lagu Shanghai Beach. Terdapat permintaan daripada para pendengar maka kami memainkan lagu medley pula. Setelah selesai semuanya kami berkemas, Makan sekali lagi dan akhirnya mengundurkan diri daripada majlis tersebut. Terima kasih tuan rumah kerana menjemput kami.


Saturday 20 February 2016

Mesyuarat Agong PIBG SMK Tinggi Kajang (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia)

Jam 7.00 pagi bertolak ke Kajang tanpa Al Fitri sekali lagi. Katanya ada masalah keluarga. Kuminta anak-anak angklung yang lain cover angklung Fitri. Tiba di sekolah pada pukul 7.45 pagi. Terus mengarahkan anak-anak angklung ke belakang pentas dan bersiap sedia. Menyusun atur anak-anak angklung untuk persembahan nanti. Sempat berposing-posing sebelum persembahan.



Sementara menanti pelbagai ucapan keudara...kami ke bilik bacaan asrama untuk menikmati sarapan pagi. Meehun goreng dan dua jenis kuih tempatan. Alhamdulillah. Rezeki kami di pagi Sabtu ini.


Selepas persembahan multimedia maka bermulalah persembahan sulung Kelab Angklung SMK Tinggi Kajang bersama-sama Kelab Angklung Wariseni SMK TSM. Dua buah lagu didendangkan iaitu Shanghai Beach dan Bulan DiPagar Bintang. Semuanya berjalan lancar. Kemudian rehat seketika untuk majlis penyampaian sijil. Tak lama kemudian Cikgu Zara memanggil kami untuk persembahan rehat. Lima buah lagu didendangkan. Bersungguh-sungguh nampaknya anak-anak angklung Kajang ini. Syabas. Sesudah ditamatkan persembahan, kami berkemas untuk pulang. Sempat menghilangkan dahaga buat seketika dan berposing lagi sebelum balik ke Shah Alam. Terima kasih kerana mengundang kami. Jangan serik ya.....