Thursday, 11 February 2016

Siri Jelajah Angklung 1Malaysia : Pantai Cahaya Bulan

Aktiviti belajar membuat wau selesai. Kami menghala ke Pantai Cahaya Bulan pula untuk membuat persembahan di sana. Berpandukan GPS terus ke pantai. Mencari parking yang sesuai sementara anak-anak angklung menikmati tiupan angin di tepi pantai.




Berjumpa dengan tuan punya restoran Cinta Selera untuk mendapatkan power. Sementara menanti pengunjung anak-anak angklung menunaikan kewajipan dan kemudian menikmati makan tengahari di warung bersebelahan dengan restoran Cinta Selera. Jam 3.00 petang memulakan persiapan. Rasa kebah sikit demam selepas menikmati air kelapa segar. Set pertama kami pun bermula. 20 buah lagu dialunkan dengan alat muzik kesukaan kami....angklung. Sempat juga letak papan tanda untuk mencari dana kelab. Terima kasih kepada yang memberi sokongan!





20 buah lagu lagi dimainkan pada set yang kedua. Sumbangan orang ramai menggalakkan. Alunan angklung kami berlawan-lawan dengan pembesar suara orang jual ubat di sebelah kanan kami. Namun masing-masing ada tarikan dan gaya yang tersendiri untuk menarik penonton. Terima kasih PCB memberi kami peluang untuk menghiburkan pengunjung di pantai pada hari ini, Cuaca turut memberi kerjasama yang baik.

No comments:

Post a Comment