Hari ini anak-anak angklungku merasa naik van Arkib Negara untuk dibawa ke Pustaka Peringatan P.Ramlee yang terletak di Jalan Dedap, Kuala Lumpur. Alhamdulillah perancanganku dengan Rahayu tercapai juga untuk membuat persembahan di sini, berkat sesat sesat...hahahahaha!
Anak-anak angklungku melihat sekitar pustaka dan menonton wayang pacak. Berkali-kali mereka bertanya...Cikgu, cikgu betul ke ini rumah P.Ramlee? Mereka masih tidak percaya bahawa mereka menjejakkan kaki ke rumah seniman agung P.Ramlee.
Sebelum membuat persembahan mereka makan dulu....ada yang mengadu lapar dah. Sedap nasi ayamnya. Terima kasih belanja kami makan. Selepas makan mereka kembali menonton wayang pacak. Tetiba wartawan daripada Edisi 7 dan RTM ingin mewawancara bebudak ni. Fatihah dan Alif menjadi mangsa. Cikgu juga turut terlibat sama. Hahahaha....ingat boleh lepas!
Persembahan dimulakan awal sedikit sebab mereka ingin membuat sedikit rakaman. Tiga buah lagu kami dendangkan. Kesemuanya lagu-lagu P.Ramlee.
Selepas itu kulepaskan mereka meronda sekitar bazar sebelum membuat persembahan penuh pada pukul 2.00 petang nanti.
Tepat jam 2.00 petang kami memulakan persembahan. 15 buah lagu kami dendangkan dan diakhiri dengan lagu Lagenda nyanyian Sheila Majid khas untuk P.Ramlee.
Sebelum melangkah pulang kami bergambar beramai-ramai bersama-sama staf Pustaka Peringatan P.Ramlee. Terima kasih daun keladi jangan serik undangi kami.
No comments:
Post a Comment