Sunday 31 December 2023

Santai Hujung Tahun

BBQ ini dibuat sebagai penutup aktiviti kelab pada tahun 2023. Terima kasih atas kerjasama semua atas penglibatan dalam setiap aktiviti dengan penuhu jayanya. Pelbagai pengalaman dan rintangan yang kita harungi bersama-sama untuk menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Syabas dan tahniah kepada semua ahli yang begitu komited. Jasa kalian dikenang sepanjang zaman. Diharapkan tahun 2024 kita akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan seni iangklung di persada seni negara.



Thursday 14 December 2023

Majlis Sekalung Budi Setulus Bakti PK HEM Encik Mohd Wahi Samad

Majlis dilangsungkan pada 14 Disember 2023 pada hari Khamis di sesi petang. Angklung mengiringi masuk dan keluar YB di Dataran Perpaduan. Lagu persembahan kami merupakan lagu yang dipopularkan oleh Projek Pop iaitu Sampai Jumpa. Tiada apa yang boleh diceritakan banyak di sini. Biarlah gambar yang berbicara.











Saturday 9 December 2023

Selangor International Book Fare 2023

Perancangan telah lama dibuat bersama-sama dengan Pok Deng untuk persembahan di MBSACC, seksyen 13 sempena festival buku ini. Kali ini persembahan kami bersama-sama denga penyanyi tersohor Roslan Madun berjaya dilaksanakan daripada sebuah lagu menjadi 3 buah lagu. Dua buah lagu merupakan lagu lejen beliau iaitu Lemak Manis dan Tebang Tebu sementara sebuah lagi merupakan lagu popular Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Malam Bulan diPagar Bintang.







Di sini kami juga berkesempatan untuk memainka dan menarikan lagu Asmaradana. Koreografer oleh Muhammad Saiful Azim.


Tuesday 5 December 2023

Majlis Makan Malam Datuk Magendran M.Munisamy

Jam 5.00 petang kami bertolak ke Hotel Depalma di seksyen 20. Alhamdulillah mak Syafiq setuju membawa kami ke sana dengan bayaran paling minima. Makan minum disediakan oleh Saiful Catering. Allah swt permudahkan urusa aku hari ini. Persembahan kami berjalan lancar semasa santai di luar dewan dan di dalam dewan dengan gemersik angklung lagu Lifelines yang dipopularkan oleh kumpulan A-Ha dan Ingatlah Hari Ini oleh Projek Pop.








Thursday 30 November 2023

Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti Peringkat Sekolah

Hari ini peranan kami kecil sahaja iaitu mengiringi Datuk Magendran M.Munisamy ke pentas dan keluar dari Dataran Perpaduan. Meriah sambutan perpisahan datuk. Pelbagai media turut serta untuk merakamkan majlis ini.








Wednesday 29 November 2023

Hari Radiologi Sedunia 2023

Persembahan yang dijemput secara tiba-tiba oleh HCTM. Lagu pilihan lagu medley 25 dan Getaran Jiwa. Alhamdulillah dapat disampaikan dengan baik oleh anak-anak angklung dan semua gembira dengan persembahan yang kami berikan. Alhamdulillah...pujian bagi Allah swt yang melancarkan pekerjaan kami hari ini. 








Tuesday 28 November 2023

Gangguan

Pertama kali dalam sejarah angklung beberapa ahli kelab diganggu. Oleh apa atau siapa? Hanya Allah swt sahaja yang tahu dan telah diusahakan perawatan untuk semua yang hadir.





Friday 17 November 2023

Ucapan Persaraan Datuk Magendran

 Kupanggil semua untuk bervideo tapi yang ada hanya 5 kerat sahaja. Bolehlah dari tiada langsung kan?







Thursday 16 November 2023

Saturday 11 November 2023

Tautan Ukhwah : Ain & Aniki

Persembahan kali ini adalah permintaan tuan rumah di saat akhir majlis. Setelah pihak kami bersetuju untuk menunaikan permintaan tuan rumah maka 11 Nov 2023 dengan 15 orang pemain angklung dan Saiful sebagai pembantu aku menuju ke MZ Garden Hall yang terletak di Bangi hari ini. Sesampai sahaja di sekolah mereka semua telah pun siap dan van sudah sedia menanti di luar. Kami terus bergerak menuju ke Bangi berpandukan Waze. Majlis akad nikah masih lagi berlangsung sewaktu kami tiba dan kesempatan ini kami curi masa untuk membetulkan samping anak-anak angklung.

Jam 1030 pagi kemudiannya dapat akmi melakukan rehearsal dan kemudian mengisi perut sebelum memulakan ayunan angklung pada pukul 11.30 pagi. 15 buah lagu kami dendangkan sebelum kami berehat sebentar menanti ketibaan pengantin untuk kami iring ke pelamin. Nasib baik Saiful ada, dapatlah kami menjalankan tugas dengan baik.

Salam restu juga kami iringi dan sewaktu memotong kek dengan lagu Perfect. Alhamdulillah sepanjang persembahan kami berjalan lancar. Kesemua lagu yang kami latih dapat kami mainkan sepenuhnya dalam majlis ini. Sebelum berangkat pulang sempat kami mengisi perut sekali lagi. Ada tetamu yang menyumbang RM50 untuk anak-anak angklung ini. Alhamdulillah...beberapa tetamu juga bertanyakan nombor kami untuk dihubungi.


 

                                        






Tuesday 7 November 2023

Bengkel Angklung PPKI SMK SS17

Hari ini partner in crime aku si Joannane. Patrina tidak boleh kubawa kerana membantu aku mengajar jr di sekolah hari ini. Latihan hari ini hanya untuk memantapkan goyangan angklung untuk dua buah lagu iaitu Empat Dara dan Kenanganku. Ini sebagai persediaan untuk persembahan mereka pada bulan Januari 2024 nanti. Dalam latihan hari ini kutambahkan pergerakan sedikit. Tidak banyak. Mereka boleh lakukan dengan baik walaupun pertama kali melakukannya. Namun, memerlukan banyak latihan untuk memantapkan persembahan. I'm sure they can do it!!!



Saturday 4 November 2023

Latihan

Anak-anak angklung meneruskan latihan tanpa cikgu hari ini. Pembantu jurulatih Patrina Julin mendapat kepercayaan aku sepenuhnya untuk menjalankan tanggung jawab sebagai pembantu jurulatih. Syabas Patrina, anda adalah antara pembantu yang terbaik setakat ini.Qisya, pelatih cilik kami tidak boleh hadir hari ini pula.




Runtuh!!!!

Mendapat perkhabaran daripada Levialin bahawa pagar bersebelahan kabin runtuh akibat dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak tahu siapa tuannya. Terus ku laporkan dalam Telegram rasmi petang dan KJM. Apa tindakan mereka? Kita tunggu sahajalah.....

 

Aku minta anak-anak KAW Team bergambar di hadapan pagar tersebut....buat kenangan.


Monday 30 October 2023

Program Perasmian Penutupan Koperasi Sekolah

Majlis berlangsung hari ini. Awal pagi dah sampai sekolah untuk jalani latihan untuk refresh sebelum ke Kelana Jaya. Gerak tari ku ubah sedikit untuk memuatkan para ahli di atas pentas. Mula-mula mereka agak blurr namun setelah diulang beberapa kali dapatlah mereka menguasai step tersebut.

Laluan ke bahagian punggahan barang kecil sahaja rupanya. Hanya kawasan tangga dan agak panas, namun kami diberikan tempat selesa untuk bersiap dan kemudian menyertai program sementara menanti KPPM tiba untuk majlis perasmian.

Majlis berjalan dengan lancar dari dua persembahan iaitu dari gendang cina dan angklung. Gabungan kami yang dinamakan Gu-Klung mantap dengan memulakan intro lagu Gendang 9 dan kemudian diteruskan dengan lagu Sepakat Membina yang dinyanyikan oleh Patrina Julin secara live. Background voice disertai oleh pemain gendang dari SMK Kota Kemuning.




Selesai persembahan gendang cina kami memulakan persembahan kami dengan lagu Embun Sok Sek. Lagu tradisional negeri Terengganu. Jarang sekali lagu ini dimainkan kecuali di majlis yang melibatkan pelancongan. Maka kami gemersikkan lagu ini dalam audiotorium ANGKASA hari ini. Alhamdulillah persembahan berjalan lancar. Setelah mengambil makan tengah hari maka kami beransur pulang ke sekolah.





Friday 27 October 2023

Latihan Kolaborasi II

Nasib baik anak Cikgu Rosaini terlibat dalam persembahan, maka bolehlah aku tumpangkan beberapa anak-anak angklung ke SMK Kota Kemuning untuk latihan kolaborasi kedua dan terakhir sebelum persembahan kami pada 30 Oktober 2023 nanti.Jam 10.30 am kami bertolak ke sana dan kami memulakan latihan di dalam dewan tertutup hari ini memandangkan hari ini ada latihan tae kwan do dan silat berlakuk di dewan terbuka. Tak lama latihan kami ini...dapat beat dengan cepat. Jam 12.00 kami selesai dan akhirnya membuat persiapan terakhir di sekolah. Aku ubah sedikit pergerakan tarian mereka agar lebih mantap.



Mesyuarat ANGKASA

Hari ini aku ke Kelana Jaya bersama-sama cikgu CT untuk menghadiri mesyuarat bersama-sama AJK program yang akan diadakan pada 30 Oktober nanti. Beralih-alih bangunan kami dan akhirnya kami sampai juga ke bilik mesyuarat yang dinyatakan. Setelah menjamah sate 4 cucuk dan berbual-bual kosong mesyuarat dimulakan apabila korum cukup. Ringkas sahaja mesyuarat kali ini. Kami diminta untuk memberikan nama persembahan kolaborasi kami dan akhirnya dinamakan Gu-Klung. Kami juga diberikan kesempatan untuk memberikan persembahan solo setelah memberikan persembahan lagu Sepakat Membina, lagu terkini koperasi. Selesai di bilik tersebut kami ke audiotorium untuk melihat kelasan kawasan persembahan dan kami telah membuat beberapa perubahan untuk sesuaikan dengan tenpat. Alhamdulillah, semuanya memberikan kerjasama yang baik supaya majlis berjalan lancar. Sempat juga kami bergaya di booth sebelum majlis berlangsung.....




Tuesday 24 October 2023

Kelas Angklung PPKI SMK SS17

Hari ini akku bawa Levialin pula untuk membantu aku dalam kelas hari ini. Tugasan hari ini adalah untuk memantapkan ayunan angklung lagu Empat Dara dan tambahan sebuah lagu lagi iaitu lagu Kenanganku. Pada mulanya agak berterabur mereka memainkan lagu tersebut tetapi setelah dua tiga kali dicuba mereka dapat menguasainya. Lagi terbaik, lagu Kenanganku mereka dapat memainkannya dengan baik hanya sekali diajar. Alhamdulillah.




Saturday 21 October 2023

Festival Makanan Tradisional SiHui

Tertanya-tanya di mana kampung ini. Jejak sahaja jalan masuk baharulah faham bahawa ianya berdekatan dengan dewan terdahulu. Peranan kami di sini mengiringi VIP masuk ke meja makan dan kemudian memberikan persembahan pembukaan . Oleh kerana 10 minit diberikan maka kami gunakan medley yang dimainkan sewaktu persembahan pagi tadi. Iringan kami agak bercelaru kerana bergabung dengan tarian singa...kami pun confius juga.....namun teruskan juga iringan sehingga habis.