Menggunakan lebuhraya MEX menuju ke Alamanda Shopping Centre Putrajaya. Masih berbekalkan 18 orang anak angklung. Van sudah jauh meninggalkan kami dalam kesesakan jalanraya di bandaraya Kuala Lumpur ini. Namun berjaya juga menghampiri sebelum sampai ke Putrajaya. Bergegas menunaikan kewajipan apabila sampai dan kemudian merancang lagu-lagu yang akan dimainkan nanti bersama-sama Ariff. Anak-anak angklung yang lain meluangkan masa bermain congkak di luar sementara persembahan Muzik Asli sedang berlansung di pentas utama.
Jam 6.00 petang terus memulakan persembahan sebaik sahaja sistem bunyi telah diuji. 11 buah lagu kami dendangkan selama 45 minit untuk halwa telinga para pengunjung Alamanda Shopping Centre. Kali ini mereka menyediakan tempat duduk untuk para pendengar.
Selesai sahaja persembahan alatan terus disimpan ke dalam kereta sementara yang lain menanti di Restoran Chicken Rice untuk berbuka puasa. Hari ini aku berbuka spaghetti carbonara dan air teh lemon. Penuhnya.....alhamduillah. Tapi anak-anak angklungku makan nasi ayam. Lagi best!
Alahamdulillah rezeki berbuka hari ini. Kami pulang ke Shah Alam dengan penuh keceriaan dan bersedia untuk persembahan seterusnya di The Garden pada hari esok. Persembahan terakhir kami di Alamanda pada 1 Julai nanti. Marilah datang beramai-ramai ke sana untuk menyaksikan persembahan unik kami. Ayuh.....!
No comments:
Post a Comment