Monday, 20 June 2016

Ramadhan di Alamanda 1 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Sebaik sahaja selesai persembahan di Mydin Senawang kami bergegas ke Alamanda Shopping Centre di Putrajaya. Ada persembahan di sana pula. Oleh kerana waktu persembahan masih jauh lagi kami bercadang menonton wayang. Conjuring 2. Tak semua yang menonton. Boleh tahan la cerita tu cuma hantunya bila tersenyum nampak macam Joker. Sekali pandang memanglah menyeramkan. 

Jam 5.00 petang kami bersiap-siap untuk memulakan persembahan sementara menanti muzik asli menghabiskan segmen mereka di pentas. Sebelum menutup tirai persembahan muzik asli bersama-sama kami mengalunkan sebuah lagu raya.




Jam 6.00 petang tibalah giliran kami untuk membuat persembahan. Lagu-lagu yang dimainkan perlbagai rentak dan genre. Menghiburkan para pengunjung Alamanda.





Jam 6.45 petang persembahan kami selesai dan bergegas semula ke Senawang untuk persembahan seterusnya. Jumpa lagi Alamanda pada 24 Jun nanti dengan lagu-lagu kami yang lain.

No comments:

Post a Comment