Saturday 31 March 2012

Isabella, Tomat, Madu dan Racun

Perjumpaan dibuat pada hari ini untuk membincangkan hal lawatan ke Skudai, latihan sepanjang bulan April dan memainkan beberapa lagu baru. Ahli kelab angklung lama dan baru diwajibkan hadir pada hari ini. Kehadiran ahli baru agak memuaskan berbanding dengan ahli baru.

Latihan dimulakan dengan memainkan lagu Madu dan Racun, diikuti dengan Tomat dan akhir sekali lagu Isabella. Rakaman tidak dapat dilakukan oleh kerana ini pertama kali ahli kelab cuba memainkan lagu-lagu ini dan skor pula masih perlu diubahsuai mengikut kesesuaian pemain.




Sunday 25 March 2012

Klip-klip Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Bersama Rakyat





Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Bersama Rakyat

Pukul 6.40 pagi terpaksa mengejutkan jaga sekolah untuk membuka pintu pagar sekolah. Jam 6.45 Thareda tiba untuk membantu mengangkat dan membawa peralatan angklung dari bilik disiplin. Tidak lama kemudian ahli-ahli yang lain turut membantu sama. Tepat jam 7.30 bas dari SMK Seksyen Sebelas tiba dan kami mengangkat semua peralatan ke dalam bas.

Muka baru bangun tidur

Balik pukul berapa?

Senyum dalam gelabah
Setelah dua jam perjalanan mengikuti jalan dalam akhirnya kami tiba di tempat yang dituju walaupun tersesat sedikit. Kami disambut oleh Encik Rafi pegawai dari JKKN. Selepas meletakkan barang-barang kami mengambil sarapan yang telah disediakan di meja. Maklum, anak-anak moden, tidak biasa dengan makanan kampung, karipap, kek dan nasi impit bersambal ikan bilis serta air teh o panas.




Selepas menikmati sarapan yang tidak seberapa, kami juga telah dihiburkan dengan pertunjukkan silap mata dari meja ke meja oleh seorang ahli silap mata yang turut diundang.




Sementara menanti giliran untuk membuat persembahan, para tetamu dihiburkan dengan pukulan kompang dan nyanyian nasyid. Merdu sungguh suara penyanyi utama kumpulan nasyid tersebut.



Beberapa minit persembahan kumpulan nasyid berakhir maka tibalah giliran kami. Peralatan disusun di atas pentas dan kami pun memulakan persembahan dengan memainkan lagu Wau Bulan dan Gelang Sipaku Gelang. Ayunan pertama kami agak perlahan namun dapat diatasi dengan ayunan dari rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sebaik sahaja selesai memainkan lagu dan turun ke pentas, berkejar-kejaran kanak-kanak untuk mengetahui dan melihat dengan lebih dekat alt muzik angklung ini. Beberapa orang ahli cuba untuk memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak tersebut.

Arham ditemuramah selepas persembahan

Rakan seperjuangan mentertawakan Arham

Jam 11.30 tetamu undangan program tiba untuk merasmikan majlis. Setelah semua AJK memberikan ucapan termasuk tetamu kehormat iaitu YB Dato' Hajah Noriah Hj Kasnon (Ahli Parlimen Sg.Besar) merangkap Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, penyampaian bantuan, hadiah dan cenderamata, Kelab Angklung Sri Muda bersedia untuk menghiburkan para hadirin dengan persembahan yang kedua.

JKK Kampung berucap

Wakil pengarah JKKN

En.Rafi and the gang

Yang Berhormat Dato' Noriah

Penyampaian sumbangan dan hadiah

Kelab Angklung SMK Taman Sri Muda
Selepas menikmati pecal untuk mengalas perut makan tengahari, kami pun beredar untuk pulang ke Shah Alam dengan hati yang berbunga-bunga kerana salah seorang dari ahli kelab telah memenangi cabutan bertuah. Tahniah!


Menanti bas

Kepenatan dan kepanasan

 

Friday 23 March 2012

Latihan Persembahan Hari Jumaat

Hari keempat latihan. Semakin hari semakin meningkat prestasi ahli-ahli kelab dan komitmen serta tahap disiplin semakin baik. harap ini dapat dikekalkan sehingga bila-bila. Kedatangan ahli hari ini penuh malah terlebih seorang pula. Setelah berlatih lagu-lagu persembahan ahli kelab cuba memainkan lagu-lagu lain dan juga lagu Surangani. Sumbang......tetapi boleh diatasi dengan latihan yang kerap.




Thursday 22 March 2012

Wau Bulan

Lagu rakyat yang biasa kita dengar, meremang bulu roma kalau kita duduk sambil mendengarkan lagu ini. Semacam ada satu semangat menyusup masuk ke dalam badan. Dengarkanlah alunan lagu ini menggunakan angklung.


Wednesday 21 March 2012

Majalah Sekolah

Hari ini 14 orang ahli kelab angklung yang terlibat dengan program pada hari Ahad berkesempatan untuk bergambar. Gambar tersebut akan digunakan untuk majalah sekolah. Kebetulan T-Shirt tajaan baru sahaja kami dapat pada hari Isnin yang lalu. Nah.....inilah peluang kami untuk menggayakan baju tersebut. Amnan menyepoilkan gambar....tengoklah tu!






Monday 19 March 2012

T-Shirt

Walaupun Kelab Angklung SMK Taman Sri Muda belum berumur setahun jagung, namun pihak kelab telah menerima beberapa sumbangan daripada pihak luar untuk menampung perbelanjaan aktiviti yang dijalankan oleh pihak kelab.

Perhimpunan hari ini sungguh mengembirakan semua ahli kelab angklung kerana hari ini kelab menerima tajaan t-shirt dari sebuah syarikat berdekatan dengan sekolah. Syarikat tersebut ialah Synn Fast Link Sdn Bhd (Shar Yash Enterprise). Wakil dari syarikat tersebut Encik Marimuthu dengan ditemani AJK PIBG sekolah Encik Subra Rao, telah berbesar hati menyampaikan sumbangan tersebut kepada Penolong Kanan Petang iaitu Puan Pusparani.





Sunday 18 March 2012

Klip-klip Latihan Intensif Mac


Kesemua klip yang akan dimasukkan ke dalam blog ini adalah cantuman video yang telah diedit dan dicantumkan menjadi satu. Semuanya adalah rakaman secara spontan.....ada juga rakaman yang tidak mahu disimpan tetapi diselitkan juga dalam klip-klip ini. Sekadar hiburan dan kenangan untuk ahli kelab. So...enjoy!

Saturday 17 March 2012

Kunjungan Ke 888

Nombor ong! Lawatan blog sudah ke 888 kali!

Latihan Intensif V

Latihan hari ini lari sedikit daripada jadual oleh kerana cikgunya yang lewat tiba. Beberapa orang ahli daripada tingkatan 3 turut hadir sama pada hari ini. Latihan dimulakan dengan memainkan lagu Small Star, Old Bird Song, Ring Oh Nail Ring, Languange of the Soul Race, Meet and Separated, When Mama Wear Pants, Bengawan Solo dan Besame Mucho. Hahahahaha....kome paham-pahamkan sendirilah tajuk-tajuk lagu tu ya.

Arham dan Hakim

Haniff, Amnan, Nizam dan Azizah

Camerawoman for the day

Khaleeq, Yasmin dan .......




Da Da Da

Memori untuk hari tua ahli kelab nanti....bila tonton klip ini mereka akan berasa gembira dan terkenang zaman sekolah mereka. Betapa seronoknya zaman persekolahan.

.

Friday 16 March 2012

Latihan Intensif IV

Thareda dan Siti Aisyah berehat sebentar
Kehadiran hari ini tidak memberangsangkan, namun latihan tetap diteruskan seperti biasa. Setelah diberikan nasihat dan kata dua, ahli-ahlli kelab memulakan latihan dengan memainkan lagu-lagu yang telah dipelajari. Mereka masih memerlukan banyak latihan lagi. Hari ini gambar dan video tidak dapat dirakamkan oleh kerana jurukamera sibuk mengendalikan kelas bersama. Dua lagu baru cuba dimainkan bersama dengan minus one iaitu lagu Begawan Solo dan Besame Mucho.

Setelah latihan diulang berkali-kali, akhirnya ahli kelab dapat memainkan lagu tersebut dengan baik mengikut minus one yang disediakan. Walaupun terdapat beberapa kepincangan namun ahli kelab berusaha untuk memainkan lagu yang diarahkan. Oleh kerana terlalu gembira dengan kemajuan  yang dicapai, guru penasihat hampir terlupa bahawa hari ini hari Jumaat. Latihan dihentikan pada pukul 1.00 tengahari dan akan disambung pada hari Sabtu jam 9.00 pagi. Berkemungkinan latihan pada hari tersebut akan berpanjangan sehingga ke petang. Di harapkan semua ahli yang hadir nanti bersedia untuk segala kemungkinan.

Tuesday 13 March 2012

Latihan Intensif III

Taman Tasik Shah Alam - Jam 1.00 petang semua ahli telah tiba di Laman Budaya. Semua ahli telah diarahkan untuk membawa semua peralatan ke Galeri Budaya, tempat yang santai, selesa dan yang penting sekali mempunyai kemudahan kipas. Berangin jer........!

Tu ha...kapalnya!
Latihan dimulakan dengan memainkan lagu bintang kecil dan burung kakak tua menggunakan minus one yang ada. Ternyata perubahan suasana dan tempat sedikit menganggu konsentrasi ahli-ahli yang hadir hari ini. Rakaman video untuk latihan pada hari ini begitu kalut sehinggakan tidak boleh diedit lagi oleh kerana terlalu 'perfect'. Tengok sajalah nanti.....begitu kalut dan ributnya. Nasib baik jurukamera tu FOC!




                                          Rakaman daripada Encik Sam

Encik Sam mencadangkan kami ke tengah lagun tasik untuk menjalani latihan yang lebih tenang di sana. malangnya salah seorang ahli telah diserang oleh segerombolan semut hitam yang murka. Ini adalah kerana Khaleeq telah menceroboh dan merobohkan kubu persembuyian mereka. Terkinja-kinja Khaleeq melarikan diri dari serangan semut-semut tersebut.




Khaleeq...mamat kuat merajuk

Nizam.....tak tahu apa yang difikirkan

Encik Sam Mat Kous

Jurukamera yang perasan


Oleh kerana mainan angklung kami tersangat merdu pada hari itu, maka awan mendung berarak kearah kami dengan lajunya, memaksa kami untuk beredar dengan segera kembali ke Galeri Budaya menyelamatkan diri. Kami berehat bak seketika sambil menikmati minum petang yang dibawa bersama ke sana. Sempat juga kami merakamkan gambar kenangan semasa di sana sebelum hujan mulai turun.

Ada ahli kecil yang baru dalam kelab ini
Dah kenyang