Hari ini ahli-ahli kelab menjalani latihan di dalam kelas 2 Damai oleh kerana kunci dewan Encik Manan kita simpan dengan selamatnya. Puan Malisa menguruskan semuanya pada pagi ini. Terima kasih kepada Puan Malisa dengan bantuan tiga orang tentera ciliknya, latihan hari ini berjalan lancar juga. Terima kasih juga kepada Angeline selaku setiausaha kelab yang berusaha untuk kelab, chaiyok....chaiyok!
Hari ini satu lagu lagi ditambah untuk latihan iaitu lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Tetapi hanya lagu Shanghai Beach yang menggunakan minus one sementara lagu Gelang Sipaku Gelang dan Bahasa Jiwa Bangsa menggunakan gendang dan tamborin. Rakaman hari ini pula dilakukan oleh jurukamera amatur yang diimport khas iaitu Encik Ahmad Haniff yang baru berumur 9 tahun 3 bulan.
Ahmad Haniff |
Berikut merupakan rakaman-rakaman pro yang dapat dirakam oleh jurukamera ini.
Esok latihan akan diadakan pada sebelah petang dan lokasinya, Laman Budaya di Tasik Shah Alam jam 2.00 petang. Jaga Bandaraya Shah Alam, kami akan gegarkan pentas Laman Budaya esok....atau kami yang akan digegarkan oleh hilai tawa para penonton? Musykil juga ya......hahahahahhahaha!
No comments:
Post a Comment