Sunday, 4 March 2012

Karnival Muzik BN Youth Music 2011 Part I

Tepat pukul 8.00 pagi dah terpacak dalam kawasan sekolah. Ahli-ahli kelab diarahkan untuk mengeluarkan peralatan dan perkakasan persembahan nanti. Urusan kehadiran dan surat menyurat lawatan dikemaskini. Jam 8.30, pihak pengurusan memberitahu bas sudah berada di dalam kawasan Shah Alam. Beberapa minit kemudian kami diberitahu pula hanya terdapat sebuah bas sahaja yang akan membawa kami ke The Curve nanti. Setelah jenuh menunggu selama satu jam setengah akhirnya tibalah bas yang dinanti-nantikan.





Bosan menanti

Kugiran sekolah

Bergambar depan sekolah sebelum bertolak

Bas tiba depan pagar sekolah jam 9.30 pagi. Akhirnya kami dapat memulakan perjalanan ke The Curve. Tiba-tiba hati menjadi cuak apabila pemandu bertanyakan jalan ke sana. Aduhai.....akan sesatkah lagi kami nanti. Setelah diberikan jalan yang terdekat dan paling sesuai untuk dilalui, 20 minit kemudian kami tiba di perkarangan The Curve dan disambut oleh Encik Riduan, 'stage manager' untuk program yang disertai.



Penat tetapi masih ceria
Setelah mendengar taklimat, kami bersedia dan bergerak ke hadapan pentas yang telah disediakan. Setelah diberitahu yang kami akan membuat persembahan setelah Dato Rais Yatim membuat upacara perasmian, kami merasa gentar. Maklum, kami tidak bersedia untuk itu. Tetapi sebaik sahaja bahagian itu dibatalkan oleh sebab Dato tidak boleh menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu, kami berasa lega sedikit.




Kami dibawa ke hadapan pentas dan diarahkan duduk  di tengah-tengah panas terik. Oleh kerana terlalu teruja, panas terik dilupakan oleh semua ahli kelab. Peluh jantan betina mengalir bagai hujan lebat, namun kami masih setia duduk melihatkan gelagat juruacara di atas pentas.







Setelah menikmati beberapa persembahan dari artis-artis yang dikenali dan dapat pula bergambar dengan mereka, Timbalan Menteri Kebudayaan tiba dan disambut dengan bunyi-bunyian gendang Afrika. Setelah merasmikan karnival dan membuat beberapa derma serta tajaan, kami diminta untuk beredar menikmati makan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur. Semasa makan, kami dimaklumkan bahawa persembahan kami akan bermula pada pukul 2.00 petang nanti.


No comments:

Post a Comment