Pukul 6.40 pagi terpaksa mengejutkan jaga sekolah untuk membuka pintu pagar sekolah. Jam 6.45 Thareda tiba untuk membantu mengangkat dan membawa peralatan angklung dari bilik disiplin. Tidak lama kemudian ahli-ahli yang lain turut membantu sama. Tepat jam 7.30 bas dari SMK Seksyen Sebelas tiba dan kami mengangkat semua peralatan ke dalam bas.
|
Muka baru bangun tidur |
|
Balik pukul berapa? |
|
Senyum dalam gelabah |
Setelah dua jam perjalanan mengikuti jalan dalam akhirnya kami tiba di tempat yang dituju walaupun tersesat sedikit. Kami disambut oleh Encik Rafi pegawai dari JKKN. Selepas meletakkan barang-barang kami mengambil sarapan yang telah disediakan di meja. Maklum, anak-anak moden, tidak biasa dengan makanan kampung, karipap, kek dan nasi impit bersambal ikan bilis serta air teh o panas.
Selepas menikmati sarapan yang tidak seberapa, kami juga telah dihiburkan dengan pertunjukkan silap mata dari meja ke meja oleh seorang ahli silap mata yang turut diundang.
Sementara menanti giliran untuk membuat persembahan, para tetamu dihiburkan dengan pukulan kompang dan nyanyian nasyid. Merdu sungguh suara penyanyi utama kumpulan nasyid tersebut.
Beberapa minit persembahan kumpulan nasyid berakhir maka tibalah giliran kami. Peralatan disusun di atas pentas dan kami pun memulakan persembahan dengan memainkan lagu Wau Bulan dan Gelang Sipaku Gelang. Ayunan pertama kami agak perlahan namun dapat diatasi dengan ayunan dari rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sebaik sahaja selesai memainkan lagu dan turun ke pentas, berkejar-kejaran kanak-kanak untuk mengetahui dan melihat dengan lebih dekat alt muzik angklung ini. Beberapa orang ahli cuba untuk memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak tersebut.
|
Arham ditemuramah selepas persembahan |
|
Rakan seperjuangan mentertawakan Arham |
No comments:
Post a Comment