Thursday 30 March 2023

Kelas Teori dan Amali 2 : Batch Junior 2023

Hari kedua, jam 9.50 pagi aku sampai baharu ada 3 orang sahaja ahli baharu yang sampai. Aku ingat itu sahajalah yang akan hadir hari ini, namun tak lama kemudian berderet-deret mereka sampai. Moga mereka tambah menjalani latihan untuk menjadi pelapis kepada senior mereka. Sempat juga aku menyampuk sesekali dalam latihan yang dikendalikan oleh Shaqila hari ini.




Wednesday 29 March 2023

Kelas Teori Pertama Junior Batch 2023

Kelas hari ini dikendalikan oleh Uncle Sam Mat Kous dengan bantuan Shaqila dan senior sesi pagi. Tak berapa ramai crowd hari ini...maybe bulan puasa. Namun yang hadir memberikan tumpuan penuh yang berlaku di kabin. Seior pun memainkan peranan dengan baik. Aku pula menghadiri mesyurata Disiplin yang diadakan pada jam 11.30 pagi. tak sempat duduk sehingga habis latihan hari ini. Namun esok mereka diminta untuk hadir menjalani latihan lagi. Sempat juga mereka adakan sesi suai kenal antara ahli...bagus! Pandai mereka merancang ....




Wednesday 22 March 2023

Program Santai Minggu Pertama Persekolahan

Pasukan kebitaraan sekolah diberi peluang untuk menunjukkan kemahiran kepada warga SMKTSM di sesi pagi dan petang. Kami sempat memainkan 4 lagu di sesi pagi sementara di sesi petang mainkan 8 buah lagu sampai muak mereka mendengarkan gemersik angklung kami. Berbekalkan hanya 11 pemain senior yang tinggal dan dibantu oleh super duper senior Patrina, Aiman dan Shaqila.










Saturday 18 March 2023

Projek Rekod Dunia

AWI dari Indonesia menjemput kami untuk menyertai mereka untuk membuat rekod dunia bermain angklung sempena ulang tahun pengasas angklung Diatonis Daeng Soetigna. Kami sahut cabaran mereka dan bersedia untuk membuat reel video insta. Jangan lupa view, like dan share link-link kami ini untuk merealisasikannya.

#achieveglobalonlineangklungsociety

#angklung

#angklungindonesia

#angklungpadaeng

#angklungwebinstitute

#angklungmalaysia

#angklungwariseni

#angklungsmktamansrimuda

@angklungwebinstitute

Support Us Click

http://bit.ly/3YTB13B


https://www.instagram.com/reel/Cp8vCd-AAdH/?igshid=MDJmNzVkMjY=




Thursday 16 March 2023

Together 4ever : HiTea PERKEP

Majlis yang diperolehi oleh cikgu CT. Lagu tema PERKEP kami getarkan dengan angklung, begitu juga dengan lagu negaraku. Hari ada meeting guru disebabkan majlis ini aku dan cikgu CT beredar lebih awal untuk memulakan perjalanan ke Mont Kiara. Peranan kami pendek sahaja iaitu mengiringi VIP masuk setelah bergambar, mendendangkan lagu Negaraku dan lagu PERKEP. Peranan kami berakhir sewaktu memulakan jamuan makan dan kami mainkan lagu medley dimulai dengan lagu Alunan Biola, Shanghai Beach, My Heart Will Go On, Aci Aci Buka Pintu dan diakhiri dengan lagu Kkuch Kuch Hota Hai. Mereka semua terpegub dengan persembahan kami ini, alhamdulillah.







Sebelum pulang kami posing-posing lah dulu kat area.......maklum, entah bila la kami akan kemari lagikan.





Saturday 11 March 2023

Si Cilik 4

Latihan hari ini buat pertama kalinya Aiman mengambil alih daripada Saiful. Beberapa orang ex KAW Team turut membantu Si Cilik ini agar tidak kebosanan.





Friday 10 March 2023

Ijab Qabul Wedding Expo

Expo bermula pada 10 Mac sehingga 12 Mac 2023 bertempat di Dewan Raja Muda Musa, seksyen 7, Shah Alam. Kami hanya ada 12 orang sahaja yang turut serta hari ini. Namun persembahan terbaik telah kami berikan yang mana lagu tema penganjur iaitu Ijab Qabul yang dipopularkan oleh Ryan Deedat kami gemersikkan dengan angklung. Tak sangka penyanyi asal juga ada di situ. Cikgu Salina turut membantu kami hari ini untuk membawa anak-anak angklung termasuklah anak aku sendiri Haniff. Terima kasih Sazlina dan Haniff.



  





Thursday 2 March 2023

Promosi KAW Team

Video ini cetusan idea daripada cikgu CT Raxkina dan direalisasikan oleh pembantu jurulatih kelan Muhammad Saiful Azim. Rajin budaknya dan berkaliber. Terima kasih atas segala sumbangan kepada kelab. Kami doakan Saiful lebih gemilang di UiTM Melaka.






Juga boleh ditonton di sini PROMOSI