Sunday, 21 February 2016

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2016 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia)

Jemputan mengejut untuk mengadakan persembahan angklung dalam Majllis Sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Pendidikan Mualaf Hulu Langat pada pagi ini. Bertolak ke Kajang setelah mengemaskinikan angklung yang hendak dibawa pada pukul 9.00 pagi. Hari ini Al Fitri dapat bersama-sama kami untuk menghiburkan para jemputan. Sesampai di sana terus menghubungi Puan Khadijah oleh kerana kami tak pasti lokasinya di mana. Tetiba depan kami ada orang memakirkan keretanya lalu kuambil kesempatan dan bertanyakan lokasi persembahan. Memang tepat terjahan kami. Terus kami memunggah barang-barang dan menuju ke lokasi. Setiba di sana kami menjamu selera setelah diberikan kupon makanan.




Sementara menanti waktu persembahan, kami melayan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekeliling majlis.


Sempat juga berposing sedas dua.

Anak-anak Angklung Wariseni

Anak-anak Angklung SMK Tinggi Kajang
Setelah ucapan aluan dan perasmian, persembahan tarian singa memulakan langkah. Seronok juga melihat telatah orang yang menggayakan patung singa tu.



Setelah itu giliran kami memulakan persembahan. Persembahan kami kali ini disertai juga oleh ahli-ahli Kelab Angklung SMK Tinggi Kajang. Memang mendapat sambutan hebat. Mereka pun tidak menyangka persembahana angklung kami sebegitu. Mendapat pujian daripada pelbagai peringkat usia malahan daripada pelajar tahfiz juga.Para VIP turut menyanyikan lagu-lagu yang kami dendangkan.






Ingatkan persembahan kami tamat selepas mengakhiri persembahan lagu Shanghai Beach. Terdapat permintaan daripada para pendengar maka kami memainkan lagu medley pula. Setelah selesai semuanya kami berkemas, Makan sekali lagi dan akhirnya mengundurkan diri daripada majlis tersebut. Terima kasih tuan rumah kerana menjemput kami.


No comments:

Post a Comment