PERSEMBAHAN ANGKLUNG SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
1. Kehadiran & Penampilan Ahli Kelab
Ahli-ahli Kelab Angklung Wariseni tampil anggun dan segak mengenakan pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia. Kehadiran mereka dengan busana berbilang budaya ini menyerlahkan lagi semangat kepelbagaian dan perpaduan bangsa.
2. Persembahan Lagu-Lagu Patriotik
Persembahan dimulakan dengan alunan merdu alat muzik tradisional angklung. Para ahli kelab menyampaikan rentak lagu-lagu patriotik dan berunsurkan kemerdekaan yang berjaya membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan hadirin di cafe.
3. Sambutan & Interaksi Bersama Tetamu
Persembahan tersebut mendapat sambutan yang sangat hangat daripada para tetamu. Suasana menjadi lebih meriah apabila sebahagian tetamu turut dijemput dan cuba memainkan alat muzik angklung bersama-sama ahli kelab.
4. Acara Penutup
Sebagai penutup persembahan, lagu popular “Embun Sok Sek” telah didendangkan dengan penuh bersemangat, disusuli dengan persembahan tarian yang menarik daripada para peserta, sekali gus mengakhiri majlis dengan penuh kemeriahan.

No comments:
Post a Comment