Pada 22 Ogos 2026, suasana di Putra Glass Hall, Kampung Bukit Lanchung begitu meriah dan anggun berlatarbelakangkan rekaan dewan kaca yang memukau. Majlis perkahwinan ini lebih bermakna kerana pengantinnya merupakan anak perempuan tunggal bekas Penolong Kanan SMK Taman Sri Muda, iaitu Encik Mohd Din bin Dollah.
Ketibaan pasukan persembahan disambut mesra dan riang oleh beliau sendiri, mencerminkan kehangatan serta rasa penghargaan yang tinggi. Sepanjang majlis berlangsung, alunan irama angklung yang dipersembahkan secara live di atas pentas berjaya mencuri tumpuan. Para tetamu dan orang ramai yang hadir tidak putus-putus memberikan pujian atas keindahan serta keunikan muzik tradisional yang dibawakan.
Suasana mesra dan persembahan yang mantap ini turut menarik perhatian pengurus majlis dewan tersebut, yang terus mengambil nombor telefon pasukan persembahan untuk memudahkan urusan tempahan serta kerjasama pada masa hadapan.
.png)
No comments:
Post a Comment