Sunday, 23 August 2026

ASPIRE 2026

 


Pada 23 Ogos 2026, Dataran Perpaduan SMK Taman Sri Muda bertukar meriah sempena program ASPIRE 2026 yang merangkumi Hari Koperasi Sekolah, Karnival Kokurikulum, dan Pameran Kerjaya.

Sebaik sahaja tetamu kehormat memulakan lawatan ke tapak-tapak penjaja, aktiviti di padang, serta pameran di dalam dewan tertutup, KAW Team tampil bertenaga di atas pentas utama dengan pakaian seragam berwarna biru hijau (teal) dan seluar putih. Pasukan ini mengalunkan muzik yang memukau menerusi persembahan angklung.

Dua buah lagu telah digemersikan dengan penuh harmoni menggunakan instrumen angklung:

  • Embun Sok Sek

  • Gemuruh (nyanyian asal Faizal Tahir)

Persembahan yang dinamik dan bersemangat ini berjaya menyemarakkan lagi suasana karnival serta mencuri tumpuan para jemputan dan warga sekolah yang hadir.

No comments:

Post a Comment