Sunday 2 May 2021

K.A.W Prihatin II & Iftar

2 Mei 2021 sekali lagi kami mengadakan aktiviti K.A.W Prihatin lokasi di hadapan sekolah sahaja. Kali ini kami berkolaborasi dengan Kelab Seni Kebudayaan SMK Taman Sri Muda. Guru penasihat yang sama + Cikgu Fauziah. Hujan lebat tidak menghalang aktiviti kami namun kami terpaksa menyerahkan dalam kuantiti yang besar memandangkan cuaca tidak mengizinkan. Alhamdulillah aktiviti kami berjalan lancar dan makanan yang diedarkan laris dipasaran.




Selesai menyerahkan item yang diamanahkan kami bertolak ke Restoran Sotong Besar untuk iftar di sana. Kami dah booking tempat alhamdulliah semua ok walaupun di awal nya terdapat sedikit salah faham. Setelah selesai berbuka 3 orang anak-anak yang terlibat kuhantar pulang sementara cikgu CT menghantar Nadia dan seorang lagi anak kelab Seni Kebudayaan. Moga usaha kami mendapat berkat. InsyaAllah.





No comments:

Post a Comment