Monday, 20 October 2014

Karnival Komuniti MPP MBSA

Mendapat panggilan daripada Ua Takraw memberitahu bahawa Puan Siti daripada Unit Kokurikulum JPNS akan menelefonku. Memang betul...tak lama kemudian Puan Siti bercakap denganku bertanyakan tentang Kelab Angklung Wariseni. Beliau menyatakan MBSA akan menganjurkan satu karnival pada 19 Oktober bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Encik Fahmee dari MBSA akan menghubungiku tentang perkara tersebut dan aku menanti lagi. Sah! Perkhidmatan kami diperlukan untuk karnival tu.

Pagi 19 Oktober setelah semua berkumpul meneruskan perjalanan ke seksyen 14 dan memarkirkan kereta di hadapan muzium. Tempat paling hampir dengan kawasan persembahan. Encik Fahmee dihubungi dan beliau memberitahu tempat persembahan kami. Setelah barang-barang diletakkan aku mengarahkan anak-anak angklungku untuk bersarapan pagi. Nasi lemak yang kubelikan di stesen Petronas pagi tadi. Sedap nasi lemak tu.



Selesai makan mula mengeluarkan alatan dan menyusun atur angklung. Bersiap siaga untuk persembahan yang dijangkakan pada pukul 9.00 pagi nanti. Memang kami kaki berposing...pantang ada masa terluang...diisi dengan posing depan kameaa ataupun handphone.



9.20 pagi kami memulakan persembahan sesi pertama kami. 20 minit diberikan dan 6 buah lagu didendangkan untuk sesi ini.




Ada lebih kurang sejam kami dapat melihat persekitaran karnival...namun anak-anak angklung diingatkan untuk kembali ke khemah pada pukul 10.30 pagi. Sempat juga kami melihat beberapa persembahan tarian, akustika dan pertandingan pakaian beragam. Selesaikan pertandingan pakaian beragam tibalah giliran kami sekali lagi. Masih 20 minit diberikan kepada kami untuk sesi kedua ini.






Sebaik sahaja selesai, kami terus mengemaskan alatan. Uncle Sam belanja kami makan KFC hari ini. Rezeki anak-anak angklung. Thank you yam leaf...if can uncle belanjalah kami lagi!


No comments:

Post a Comment