Tahun 2013.....tahun perkahwinan untuk kelab ini. Banyak jemputan dan tempahan diterima untuk persembahan dalam majlis perkahwinan. Kali ini kelab membuat promosi sekali lagi di majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Seri Melati, Presint 3 Putrajaya pada 10 Februari 2013. Jam 8.45 pagi kami bertolak ke Putrajaya berbekalkan laluan GPS melalui hp Nokia. Berguna juga ya hp ni.
Kami disambut oleh Pak Guard yang menunjukkan jalan masuk untuk meletakkan kereta. Malangnya van Pan Agus tersangkut oleh kerana ketinggian van Pak Agus yang melampau. Terpaksalah Pak Agus memakir vannya di luar kawasan.
Dengan bangganya menekan butang lif ke tingkat 2 setelah diberitahu oleh Pak Guard tadi ke tingkat yang kami perlu naik. Cis.....salah dewan pula. Tingkat satu jer! Haaa.....nampak pun boss kami dalam dewan tu.
Boss pun mengorak langkah memulakan latihan untuk perarakan pengantin nanti. Langkah demi langkah ditunjukkan agar tidak berlaku kesilapan.
Setelah semuanya diatur kami menggorak langkah ke atas pentas pula untuk memulakan latihan persembahan dua buah lagu.
Baru berangan nak rehat kat bilik khas....boss panggil kami sekali lagi untuk memulakan latihan bersama kumpulan caklempong. Satu lagi pembaharuan untuk kelab ini. Kami pernah bermain bersama live band.....gitar, drum, keyboard, piano....kali ini dengan caklempong pula. Dua buah lagu cuba kami alunkan bersama mereka iaitu lagu Bugih Lamo dan Ubekkan Denai.
Jam menunjukkan pukul 11.30 tengahari. Kami mula beredar ke bilik tetamu untuk menukar pakaian. Terpaksa beralih bilik sebab bilik yang kami masuk tadi adalah untuk tuan rumah majlis. Hahahaha....gila kuasa! Masing-masing beredar ke bilik air untuk menukar pakaian. Eh, eh....yang lelaki lebih lama bersiap dari pompuan. Macam mana neh?
Setelah siap bersolek sakan, maka bergambar sakan lah kami. Biasalah....artis (doooowhhh...sambil meletakkan dua tangan di bahu!)
Pukul 1.25 petang kami bersedia di lobi dewan. Tak berapa lama kemudian boss memanggil kami untuk bersedia di luar untuk mengiringi pengantin ke dewan. Setelah semua bersedia, maka ketukan jido berkemundang memulakan perarakan pengantin.
Setiap gerak langkah dirakam dengan menggunakan handycam. Sehingga pengantin tiba di muka pintu dewan alunan angklung terus mengiringi langkah gemalai pengantin. Sebaik sahaja semua berada di dalam dewan maka ayunan angklung pun terhenti.
Bersedia untuk persembahan seterusnya di belakang dewan. Anak-anak angklung sibuk menggayakan aksi masing-masing di belakang dewan. Nak kata macam tugu negara.....errrmmmm....tak juga, tapi gaya ada.
Puas makan karipap dengan seri muka tanpa air......hahahaha, kesian mika semua ek....tibalah giliran anak-anak angklung membuat persembahan. Dua buah lagu dimainkan untuk promosi ini iaitu satu lagu Mat Salleh, lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Creedence Clearwater Revival yang bertajuk Have You Ever Seen The Rain sementara lagu kedua, lagu peberet kami lagu Kenanganku.
Selesai sahaja persembahan, kami pun mula mengemas barang dan bersiap untuk pulang ke Shah Alam. Pak Agus setia menanti kami. Thank you Pak Agus.....janji tetap dituntut. Terus ke KFC Bukit Kemuning untuk menjamu selera. Anak-anak angklung ditinggalkan di KFC bersama Pak Agus kerana ku harus ke hospital melawat ibu saudara yang sakit. Thank you anak-anak angklung!
No comments:
Post a Comment