Sunday, 10 January 2016

KSR Annual Dinner 2016 (Siri Jelajah Angklung)

Bertempat di Kelab PAUM persembahan pertama untuk aktiviti kelab pada tahun 2016. Menggunakan perkhidmatan van Pak Ariffin dan pemandu setianya Ariff kami menuju ke sana. Boleh plak akku tersalah lorong masuk Nasib baik tak jauh sangat. Anak-anak memunggah alatan dan masuk ke dalam dewan bersama-sama cikgu Wani sementara aku memakirkan kereta. Setibanya ke dalam dewan Uncle Sam sudah memberikan taklimat kepada anak-anak angklung.




Kemudian kami lepak di dalam dewan yang tidak digunakan. Alhamdulillah tempatnya lapang dan selesa dapatlah kami berhindustan dalam bilik tersebut walaupun panas macam dalam ketuhar.


Rasa lapar dan haus. Kubawa mereka ke coffe house untuk meneguk teh tarik. Tapi Uncle Sam yang bayar!


Selepas menunaikan kewajipan anak-anak angklung terus bersiap dan kemudian menyusun angklung di atas pentas. Hari ini kami makan nasi goreng ayam dan air mineral sahaja. Alhamdulillah cukup untuk malam ini.


Tepat jam 6.45 petang kami memulakan persembahan menghiburkan para jemputan yang mula masuk ke dalam dewan keraian.




Berhenti sebentar untuk solat Maghrib dan kemudian menyambung persembahan semula sebelum bersedia untuk mengiringi VIP masuk ke dalam dewan.




Sejurus selepas VIP duduk kami menghiburkan para jemputan dengan lagu Hore Hore Samba. Berehat sebentar selepas persembahan dan menghiburkan diri di dalam bilik yang dikhaskan.


Persembahan terakhir untuk malam ini merupakan lagu medley wajib kami. Tepat 10.00 malam peranan kami dalam majlis ini berakhir. Terima kasih kerana sudi menjemput kami menghiburkan anda semua. Jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment