Tuesday, 7 October 2025

Kelas Angklung PPKI SMK SS17

Dah lama aku tidak ke mari, hari ini aku menapak ke sekolah ini sekali lagi untuk membantu guru-furu PPKI di sini mengajar anak-anak PPKI bermain angklung. Masih terdapat beberapa orang murid yang kukenali dan ramah menegur aku bila bersua. Anugerah yang Allah swt anugerahkan kepada mereka menjadi ramah pada tamu yang datang.

Setelah semua anak-anak PPKI berkumpul, kumulakan kelas dengan memberi mereka maklumat tentang kedatangan angklung di Malaysia. Secara umum dan kemudian pengenalan kepada angklung sehinggalah cara-cara bermain angklung dengan betul. Setelah itu, aku memulakan agenda bermain angklung dengan lagu Sekuntum Mawar Merah yang dipopularkan oleh puteri rock Malaysia, Ella. Dalam rima akustik. Alhamdulillah, terdapat beberapa orang ahli lama yang dapat bermain dengan baik tak kurang juga ahli baharu yang punya potensi.

Kelas angklung kuakhiri dengan memainkan lagu tersebut sehingga selesai agar menjadi panduan kepada guru-guru untuk mengajar mereka sebaiknya. Aku percaya, guru-guru yang ada dapat mengajar lebih baik dari aku kerana mereka lebih memamahi anak-anak PPKI mereka. Syabas dan tahniah kepada guru-guru tersebut. Teguh dengan apa yang telah dimulakan.

No comments:

Post a Comment