Monday 17 June 2019

Sanggar Angklung MPS Part 5

Nomad.....itulah kami hari ini. Bermulanya di dalam dewan keraian dan ingatkan berakhirnya di sini juga namun kami terpaksa berpindah ke dalam pejabat oleh kerana dewan digunakan hari ini sepenuhnya untuk mesyuarat. Tak mengapalah, janji boleh buat latihan. Kesukaran yang dialami tak cukup korum pada hari ini, oleh yang demikian terpaksa menggunakan khidmat tenaga 4 orang anak angklung untuk menggantikan orang yang sibuk dengan aktiviti lain dalam majlis yang sama. Latihan demi latihan, pembetulan demi pembetulan dan teguran dibuat sebaik sahaja latihan selesai untuk meningkatkan persembahan mereka. Akhirnya pada pukul 4.15 petang baharulah semua orang dapat bersama-sama untuk berlatih buat kali terakhir. Alhamdulillah mereka dapat bermain dengan baik....biasalah tercicir satu dua kan. Setelah itu kami turun ke pentas untuk membuat susunatur persembahan nanti. InsyAllah mereka dapat memberikan persembahan yang terbaik esok/ Chaiyok!

  

  
 
Hero hero pasukan 

Gud luck u'olls!





No comments:

Post a Comment