Bertolak ke Melaka pada pukul 7.00 pagi. Ain Sofiya terpaksa kutinggalkan oleh kerana lewat. Dalam perjalanan anak ini menelefon dan kuberitahu aku tidak akan menunggu mereka lama. Ketepatan masa sangat penting dalam setiap aktiviti. Amalan kita semua sepatutnya. Kami sampai dalam pukul 10.30 pagi di Public Hall Paya Rumput Melaka. Terus membuat persiapan dan perbincangan dengan emcee oleh kerana tuan rumah masih belum kelihatan. Majlis dimulai dengan nyanyian marhaban. Kumpulan ini juga diimport khas dari Shah Alam.
Jam 11.45 pagi kami memulakan persembahan dan berhenti seketika untuk memberi ruang kepada pasukan kompang mengiringi mempelai masuk ke dalam dewan. Kami meneruskan persembahan di hadapan pengantin dengan lagu Bunga Rampai. Sebaik sahaja selesai merenjis kami meneruskan semula persembahan dan berhenti rehat sebelum azan zohor berkumandang.
Jam 2.30 petang kami menutup tirai persembahan dengan lagu Do Re Mi yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Seperti biasa kami akan bergambar bersama-sama pasangan mempelai sebagai memori. Setelah menerima anugerah goodies terbaik kami memohon diri untuk ke rumah kawan berhari raya. Mood berceloteh hari ini takde...so sorry ya.
No comments:
Post a Comment