Tuesday 18 June 2019

APC dan Jamuan Aidilfitri MPS

DDay! History in da making....12 jam menjalani latihan dan hari ini mereka mempersembahkan dua buah lagu di atas pentas. Bertanding pula tu. Pelbagai arahan dan persiapan telah dibuat dan ditokok tambah. Peserta kedua pula. Kumpulan ini di namakan Sixseven89 United. Level 6, 7, 8 dan 9 bergabung tenaga untuk memainkan angklung ini. Syukur mereka dapat memainkan dengan baik cuma pa system agak kurang menyebabkan tidak kedengaran gemersik angklung mereka. Tempat ke 6 digondol dari 8 kumpulan yang bertanding. Tidak mengapa....pada cikgu adalah juara sebenar, tahniah kerana dapat menguasainya dalam masa yang singkat. Next time kita bergabung tenaga remaja dan dewasa pula. 





No comments:

Post a Comment