Thursday, 7 July 2016

2nd Raya The Garden (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Raya kedua....kami masih di sini...The Garden Mall. Menghiburkan para pengunjung. Masih berbekalkan sepuluh orang pemain yang setia dan komited terhadap angklung...hulalala... Mengikut rutin seperti biasa menyiapkan peralatan dan kelengkapan persembahan sebelum menconteng muka dan mengemaskan pakaian. Hari ini kami masih berpakaian raya masing-masing.

7 teruna dan 3 orang perempuan melayu terakhir
Sepuluh buah lagu dimainkan pada hari ini. Hanya lagu Aci Aci buka pintu kami tukarkan kepada lagu Thailand iaitu Koo Gud/Koo Kad. Mana satu tajuk yang betul ek?



Beramah mesra dengan para penonton sebaik sahaja selesai membuat persembahan.




Selesai persembahan kami menuju ke Shah Alam dan singgah di McDonald seksyen 26 menikmati aiskirim dan kentang goreng. Uncle Sam belanja hari ini. Pulang ke sekolah dan mengingatkan anak-anak angklung untuk persembahan seterusnya pada 9 dan 10 Julai nanti dan berada di sekolah pada pukul 10.30 pagi.






No comments:

Post a Comment