Hari ini kami dijemput untuk membuat persembahan di IJM Land Bhd yang terletak di Petaling Jaya. Pada jam 2.00 petang, kami anak-anak angklung dah berkumpul di bangsal sekolah, menantikan kehadiran van untuk bergerak ke sana. Setibanya kami di sana, kami bergerak ke khemah majlis, membuat spacing di pentas dan pergi ke bilik yang disediakan oleh pihak IJM untuk menyimpan angklung.
Memandangkan kami tiba terlalu awal, kami hanya menunggu dalam ruangan tersebut. Sempat juga membantu abang Remy untuk mencucuk bunga di pasu hiasan.
Beberapa jam berlalu, pemuzik-pemuzik gamelan dah membuat persembahan, dan kami bersiap sedia apabila majlis beralih ke cabutan bertuah. Tiba masa kami untuk membuat persembahan, pengacara memperkenalkan kami kepada penonton dan kami mendapat tepukan yang gemuruh. Sememangnya ia memberi semangat untuk kami bermain angklung dengan sebaik mungkin.
Selesai persembahan, kami meletakkan angklung kami di dalam bilik dan pergi makan. Kelaparan kami akibat menunggu terlalu lama. Dapat la juga merasa makanan yang disediakan di sana. Memang sedap!
Sesudah makan, kami mengemas barang dan balik ke sekolah. Dapat tahu juga persembahan kami took them by surprise bila kami bukan setakat main angklung sahaja tapi menari sekali. Jangan disangka angklung digoyang tiada step hehehe. Sekian nukilan hari ini.
No comments:
Post a Comment