Hari ini kami telah dijemput untuk membuat persembahan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai. Seawal jam 7.30 pagi, kami anak-anak angklung telah berkumpul di sekolah dan terus bergerak ke destinasi.
Sampai saja di USIM, kami menyiapkan diri dan terus menyediakan 'pentas' kami. Kemudian menconteng muka kami sebelum mempotretkan gambar kami seperti biasa di hadapan dewan kuliah ni.
Setelah semuanya telah bersedia, kami hanya menunggu sehingga VIP hadir di meja makan. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kami bersedia untuk membuat persembahan. Posing lagi!
Duduk semula setelah lama menanti peserta bengkel tidak keluar-keluar dari dewan. Hampir pukul 12.00, hampir pukul 12.00 tengahari baharu mereka dan VIP keluar dari dewan untuk makan pada sesi pertama. Sarapan pada pukul 12.00 tengahari? Kami terus memulakan persembahan dengan mendendangkan lebih kurang 10 buah lagu.
Kemudian kami pula berhenti berehat untuk makan. Yey makan! Baru nak breakfast juga setelah menelan air mineral, 100 plus dan teh limau berbotol-botol pagi tadi.
Selesai makan, kami menunggu lagi untuk sesi kedua. Memang kerja kami menunggu aje huhu.. Sebaik sahaja sesi kedua bermula, ada yang asyik tanya kami dah makan ke belum. Siap beri tawaran kalau kami nak makan lagi atau tidak. Betapa penyayangnya mereka terhadap kami huhu terima kasih.
Pada pertengahan persembahan, ada VIP meminta kami untuk memainkan lagu 'Ayam Den Lapeh'. Kami dengan senang hati mengabulkan permintaan beliau. Sayangnya tiada mikrofon, kalau ada VIP tersebut nak menyanyi bersama.
Sesudah persembahan, kami makan lagi. Kenyang anak-anak angklung hari ini. Selepas itu, kami mengemas barang untuk pulang ke sekolah. Kami sempat juga dapat duit raya dari Datuk. Terima kasih! Sekian sahaja nukilan hari ini.
No comments:
Post a Comment