Kami sampai awal di sana walaupun bertolak lewat. Jalan tidak sibuk sangat. Kami ikut Federal Highway sahaja. Terus menyediakan alatan dan menyusun atur kedudukan pemain angklung. Ika, Syafina dan Syafiqa sahaja yang ada selebihnya lelaki.
Tepat jam 2.00 petang kami memulakan persembahan. Penonton kami terdiri daripada kaum Cina kebanyakkannya. Sungguhpun begitu sambutan mereka terhadap persembahan kami sungguh mengalakkan. Kami mendapat tepukan gemuruh setiap kali selesai memainkan satu-satu lagu. Terutamanya jika lagu tersebut lagu cina.
2.35 petang selesai tugas kami di sana. Sesi bergambar pula dengan para pendengar kami.
Tak sangka dapat pula bergambar dengan Dato Samy Velu. Dapat duit raya lagi!
Kami segera berkemas....nak ke rumah Uncle Sam pula...beraya yey!
No comments:
Post a Comment