Bertempat di Anjung Sri Budiman, kelab akan menunjukkan kemahiran bermain angklung di hadapan para peserta festival waktu makan tengahari nanti. Setelah tawaf UiTM sekali pusing dan memakirkan kereta ditebing bukit, anak-anak angklung menuju ke tempat persembahan. Kami disambut oleg Madam Ong yang mengetuai aktiviti hari ini. Setelah perbincangan dibuat maka kami akan memulakan persembahan terlebih dahulu memandangkan kami perlu menyusun pperalatan di atas pentas. Terus peluang ini digunakan untuk membuat sound check menggunakan laptop yang kubawa. Nasib baik, jika tidak tiada persembahan hari ini.
Setelah persiapan dibuat maka seperti biasa anak-anak angklung memulakan aksi makeup-makeup. Bahan solekan aku dah tinggal ciput jer tu. Nak kena tambah dah. Peti solek kan main besarnya. Itupun Cikgu Siti yang beri.
Then makan time. Cukup-cukup sahaja untuk 18 orang anak angklung yang kubawa hari ini. Cikgunya.....kena cari makanan sendiri. Sorry la kekawan. Nak bagi peluang pada anak-anak angklung untuk menimba pengalaman kat sini, so cikgu-cikgu terpaksa berkorban segalanya. Demi mereka kita sanggup buat....kan...kan...kan....Sementara menanti peserta masuk ke dewan makan kami layan diri dengan memainkan lagu-lagu yang tidak akan kami mainkan nanti untuk memenuhi ruang masa.
Aku....hari ini duduk di konti. Mengawal persembahan dalam dewan. Disebabkan laptop aku sendiri yang digunakan dalam persembahan nanti. Pakcik PA system tu pun beri kepercayaan kat aku untuk handle sistem bunyi dalam tu. Berkemahirankah aku? Biarlah Luncai terjun dengan labu-labunya.......
Memulakan persembahan dengan lagu Dikir Puteri, diikuti seterusnya dengan lagu Koo Kad, Sway, Subaru dan diakhiri dengan lagu Kanikuly (How Do You Do/Jomblo Happy). Setelah selesai semua persembahan aku menutup tirai dengan lagu Champa Muang Lao mengiringi para peserta ke dewan semula. Tinggal aku, Uncle Sam dan 9 orang anak angklung. Hujan telah reda, kami mengundurkan kereta untuk keluar dari UiTM ini. Selamat tinggal....moga kita jumpa lagi di lain kali dan lain persembahan.
No comments:
Post a Comment