26 Ogos 2017, hari yang amat mendebarkan jiwaku.....Cikgu CT. Sebab apa? Hari ni aku akan bertolak ke Melaka, tanpa Cikgu Ena Lazim di sisi. 6.30 pagi berkumpul di Pondok iThink SMK TSM, Cikgu Ena awal-awal lagi dah sampai. Alhamdulillah, anak-anak Angklung Wariseni dah menunggu. Pak Agus sampai 5 minit lewat. OK lah, tak lari banyak. Hujan mulai turun, lagilah berdebar.
Kami bertolak menuju ke Muzium Kapal Selam, Klebang Melaka, dengan membawa pesanan demi pesanan dari Cikgu Ena Lazim. Tahu sangat, dia risau nak melepaskan kami…kerana beliau seorang perfectionist. Tapi apakan daya, dia terpaksa uruskan show di Bukit Jelutong. Show di Melaka atas jemputan PERZIM. Hujan mula turun dengan lebatnya. Uncle Sam, berjanji akan tunggu di sana. Sampai sahaja kami di Pedas – Linggi, Uncle Sam call, dia lewat, baru di Dengkil. Hujan membataskan beliau untuk drive. Lagi lah dup dap..dup dap. 8.20 pagi tiba di Muzium Kapal Selam. Tiada sesiapa. Ambil keputusan mencari sarapan pagi di gerai tepi laut tapi, tiada gerai yang beroperasi di pagi hari. Bergambar jap, hantar laporan kat cikgu Ena Lazim, dia respon “Alhamdulillah”.
Bergerak ke kawasan sekitar mencari sarapan. Singgah di gerai nasi lemak. Nasi lemak agak special di diserve bersama sayur kangkung dan papadom….sedap. Selesai sarapan, terus bergerak ke Muzium Kapal Selam. Alhamdulillah, Uncle Sam telah menunggu kami di pakir kereta.
Nasi lemak buah bidara... |
Cuaca semakin gelap, hujan akan turun bila-bila masa sahaja. Selesai menyusun alatan, hujan mula turun dengan lebatnya. Tempias. 11 pagi, di beritahu ‘power’ tak ada. Aduhh…macamana nie. Uncle Sam mengarahkan Alif mengambil extention wire dari bonet kereta. Alif berlari di dalam hujan renyai-renyai…. Pelancong dari Kelantan mulai memenuhi ruang. PA sistem belum berfungsi. Uncle Sam mengambil keputusan mengajar anak-anak pelancong cara bermain angklung tanpa muzik.
Lebih kurang 30 minit, masalah telah diatasi. Uncle Sam minta lagu track 6 dimainkan terlebih dahulu…. Anak-anak Angklung Wariseni bermain angklung bersama anak-anak pelancong dari Kelantan. Selesai semuanya, kami mula bermain mengikut lagu yang telah dirancang oleh cikgu Ena, Sekali lagi Uncle Sam meminta kami mainkan lagu mengikut pelancong yang datang. Hujan masih turun dengan lebatnya. Titis-titis air hujan mula membasahi skor lagu. Cikgu Siti mengedarkan tisu. Pelancong datang bersilih ganti. Kami tetap setia bermain setiap lagu yang di pinta oleh Uncle Sam.
Pukul 1.00 tengah hari, Y.Bhg Datuk Haji Khamis bin Haji Abas , Pengurus Besar Perzim hadir untuk melihat sendiri persembahan Angklung Wariseni. Alhamdulillah, beliau sangat berpuas hati. Kami akan dipanggil lagi untuk membuat persembahan pada bulan Oktober nanti.
Nukilan :
Cikgu Siti Raxkina
28 Ogos 2017
No comments:
Post a Comment