Saturday, 26 August 2017

Majlis Perkahwinan di Bukit Jelutong

26 Ogos 2017, dua kumpulan bergerak serentak ke destinasi masing-masing. Aku ke Bukit Jelutong sementara Cikgu Siti membawa kumpulan B ke Melaka. Mereka bertolak lebih awal daripada kami. Jam 10.00 pagi kami bertolak dengan menggunakan 3 buah kereta oleh kerana van digunakan untuk ke Melaka. Perjalanan kami hanya mengambil masa yang singkat sahaja. Cikgu Elsa sebagai panduan. Hari ini kami akan memainkan lagu-lagu yang dipinta oleh tuan rumah. Membuat persiapan sebaik sahaja kami tiba di rumah pengantin dan makan setelah siap.



Lambat kami memulakan persembahan di sini oleh kerana hari hujan dan orang yang mengendalikan sistem tidak dapat memasang peralatan lebih awal. Hanya beberapa lagu yang dapat kami mainkan dan kemudian kami terus mengiringi pengantin ke pelamin.



Meneruskan persembahan semasa pengantin di atas pelamin dengan lagu renjis dipilis sewaktu salam restu dan kemudian memainkan lagu-lagu pilihan keluarga pengantin. Alhamdulillah para tetamu yang hadir turut terhibur dengan persembahan hari ini.



Tetamu mula berkurangan dan tibalah masanya kami untuk mengundurkan diri. Cikgu Elsa sekali lagi membantu kami untuk pulang ke sekolah. Terima kasih kerana sudi menjemput kami.


No comments:

Post a Comment