Monday, 25 March 2019

Hari Polis ke 212

Tahun ini kami sekali lagi berpeluang untuk membuat persembahan bersama-sama IPD Seksyen 9 Shah Alam untuk menyambut Hari Polis yang ke 212. Chantek nombor tu.


Kami menaiki bas polis pagi ini. Tepat jam 6.30 pagi kami sudah berada di dalam bas dan bersedia untuk ke seksyen 9. Sesampai sahaja di sana kami terus menyiapkan alatan dalam dewan dan kemudia bergegas turun ke tapak perbarisan setelah bersiap ala kadar sahaja. Sarapan kami ambil di dalam bas sahaja. Makan karipap, kuih ketayap dan milo kotak.


8.00 pagi bermula majlis dengan penuh istiadat. Rebah juga anak murid aku 4 orang hari ini. Tak tahan. Bangun pagi sangatlah tu dah lemah fizikalnya. Pada hal latihan yang dibuat lagi lama dari yang ini. Pasukan koir juga tumbang seorang pagi ini. Namun alhamdulillah acara berjalan lancar.  Siap mengiringi penyampaian penghargaan dan sijil kepada para penerima lagi dengan lagu Payung Sambutan kami.

  

  

Sebaik sahaja selesai istiadat di situ, kami bergegas naik ke atas untuk membuat persiapan di dalam dewan pula. Sebaik sahaja kesemua VIP sudah sedia di meja makan maka kami memulakan persembahan dengan lagu Getaran Jiwa dan menutup tiraii persembahan dengan lagu Bengawan Solo. Kesemua lagu yang dimainkan berentak perlahan menjadi halwa telinga sewaktu mereka makan. Busker pula mengambil tempat dan masa kami untuk berehat dan menjamu selera.

  

  

Selesai makan, kami pun berkemas untuk pulang. Sempat bergambar denga boss paling besar kat IPD ni......TQ Encik Rajoo merakamkan gambar untuk kami. Kepulangan kami amat drastik....siap denga polis pengiring. Penghargaan daripada pihak IPD Shah Alam kepada kami. Teruja anak-anak angklung.


  


No comments:

Post a Comment