15 Mac 2019 menuju ke SMK Seskyen 24(2) bersama-sama Hazni dan Veronica sebagai pembantu jurulatih hari ini. Memakirkan kereta di perkarangan pakir sekolah di bawah pokok dan kemudian disambut oleh guru angklung di sana. Sebaik sahaja pendaftaran selesai maka kelas dimulakan. Kesemua ahli yang hadir pada hari ini merupakan murid perempuan sahaja. Tak mengapalah. Menggunakan jidur dan angklung serta modul yang ada murid-,urid mula mempelajari cara-cara mengayunkan angklung dengan pelbagai rentak. Tempo dan bacaan skor masih lemah dan memerlukan latihan yang banyak. Bulan April nanti mereka akan mengadakan persembahan. Harap mereka dapat tumpukan perhatian dalam ayunan angklung dan bacaan skor lagu. Fokus juga enting oleh kerana mereka bermain secara ensemble. Kerjasama semua sangat penting agar persembahan mantap. Namun tahniah kepada mereka yang komited dalam latihan hari ini.
No comments:
Post a Comment