Persembahan mereka kutingglkan tanggungjawab kepada Cikgu Elsa bekas guru penasihat kelab ini juga oleh kerana aku terpaksa ke Bukit Gasing pada hari yang sama. Laporan ini pula disampaikan oleh snior kelab iaitu Muhammad Ehsan Idris. So, beginilah lebih kurang cerita Ehsan ya....Maka bermulalah ceritera ini.
Seperti yang telah dipesankan anak-anak angklung sampai pada waktu yang ditetapkan di Bilik Angklung. Faris selaku pemegang kunci sakti bilik membuka bilik angklung dan mengeluarkan angklung yang diperlukan dalam persembahan nanti. Abang-abang senior yang ada membantu adik-adik untuk mengambil angklung masing-masing dan mengarahkan mereka semua beratur dalam kedudukan masing-masing. Setelah bersedia mereka bergerak ke Lorong PPDA. Cikgu Elsa kemudian mengarahkan para senior untuk bersedia mengiringi VIP ke dalam dewan.
Rutin biasa diteruskan setelah mengiringi VIP. Apakah rutin tersebut? MENANTI......jeng, jeng, jeng.....Menurut Cikgu Elsa dan para senior.....anak-anak angklung tingkatan 1 riuh-rendah semasa menanti waktu persembahan. Aduhai....budak....budak........Tiba waktu yang dinantikan kami memulakan ayunan angklung sakti kami. We rock da stage that day with 40 angklung players.
Alhamdulillah menurut Cikgu Elsa semuanya berjalan lancar. Mereka seterusnya merakamkan memori hari ini di atas pentas bersama-sama Cikgu Elsa......(mana Cikgu Elsa tak nampak pun). Terima kasih semua!
No comments:
Post a Comment