Saturday, 9 March 2019

Mesyuarat Agung Pandu Puteri Malaysia

Jam 6.30 pagi bertolak ke Bukit Gasing, Petaling Jaya bersama-sama 15 orang anak-anak angklung. Sesampai di sana kami terus memakirkan kereta di tepi jalan dan kemudian menuju ke pentas di dalam perkarangan rumah Pandu Puteri ini. 


Terus bersiap-siap sementara menanti yang lain tiba. Nyamuk punyalah banyak pepagi ni....moga kami tak disuntik oleh nyamuk aedes. Tak nampak bayang orang yang mengelolaknan kami melayan diri sendiri di sini. Setelah siap aku meminta orang yang menjaga PA Sistem untuk menguruskan lagu nanti dan membuat rehearsal sebentar untuk mengetahui kedudukan kami di hadapan pentas. Tak lama kemudian nampaklah kelibat-kelibat manusia mula memenuhi ruang Rumah Pandu Puteri ini. 


Namun, tiada sesiapa pun menyapa kami di sini. Kami menanti dan menanti. Terlihat sahaja anak -anak caklempong makan, aku lantas mengarahkan anak-anak angklung makan bersama-sama mereka. Meehun goreng, karipap dan donat. Alhamdulillah. Menanti pula bila pula persembahan, tertanya-tanya lagi, dan akhirnya aku bertanya kepada kumpulan caklempong. Baharulah aku dapat maklumat bila persembahan setelah orang protokol berbincang dengan AJK Majlis. 


Jam 10.00 pagi Permaisuri pun tiba dan disambut dengan caklempong dengan lagu Dayung Sampan/Tian Mi Mi. Setelah pengacara membacakan serba sedikit profil kelab kami memulakan persembahan. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Selesai doa, nyanyian dan ucapan maka bermulalah penyampaian sijil. Aku turut sama dapat naik dan bersalam dengan permaisuri. Setelah semuanya selesai kami menjamu selera dan kemudian bertolak pulang. 

  


   



No comments:

Post a Comment