Sunday, 3 March 2019

Walimatul Urus Ilyana & Shahid

Pertama kali membuat persembahan di Puchong Indah dalam Dewan Serbagunanya. Jam 9.30 pagi kami telah tiba dan membuat persediaan awal sebelum tuan rumah tiba. Pihak katering juga nampaknya sedang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan bufet dan meja makan beradap juga meja VIP. Setelah siap bersolek kami menjamu selera terlebih dahulu setelah mendapat kebenaran dari tuan rumah. Sementara itu ku pulang ke sekolah untuk mengambil stand dan kutinggalkan anak-anak angklung bersama-sama Uncle Sam buat sementara waktu.

  

  

Uncle Sam membuat rehearsal cara-cara untuk mengiringi mempelai nanti sementara ketiadaan aku. Setelah sampai semuanya telah diuruskan oleh Uncle Sam dan aku hanya menguruskan mic stand bersama-sama Riezwan. Hanya satu microphone yang boleh digunakan maka tak mantaplah bunyi angklung hari ini gamaknya. Jam 11.45 pagi kami memulakan persembahan dengan lagu Kalau Bulan Bisa Ngomong dan beberapa lagu lagi sehingga jam 12. 45 tengahari.




  

Kemudian kami berada di hadapan dewan menantai mempelai tiba. Sementara itu masa dipenuhkan dengan aktiviti bergambar. Noor Azlina juga mengambil kesempatan bergambar dengan kami.

  

Mempelai tiba lewat sedikit dari waktu yang ditetapkan namun majlis berjalan lancar. Khairul Nizam memulakan pukulan jidurnya yang pertama kali di Puchong Indah. Agak kaku bunyimya namun permulaan yang baik.



Kami hiasi dewan dengan lagu Bunga Rampai di hadapan mempelai sebelum bacaan doa dimulakan. Setelah itu majlis salam restu diiringi juga dengan bunyian angklung dan jidur. Setelah memainkan beberapa lagu kami berehat sekali lagi. Lama bebudak ini menghayun angklung dan jidur sewaktu merenjis tadi.


  


Berbaki 30 minit kami sudahi persembahan dengan lagu Dag Dig Dug, lagu-lagu atas permintaan anak-anak angklung. Menutup tirai dengan acara bergambar bersama-sama mempelai.


No comments:

Post a Comment