Wednesday 30 November 2016

Persembahan Slide Mahasiswi Universiti Malaysia Kelantan

Mahasiswi dari Universiti Malaysia Kelantan, Nurul Syahirah telah meminta kebenaran daripada Guru Penasihat Kelab Angklung untuk menggunakan maklumat, audio dan video kelab untuk kertas kerja beliau. Inilah hasil persembahan yang telah siap dibuat olehnya. Terima kasih kerana mengembangkan seni budaya nusantara ini.

Nurul Syahirah


Tuesday 29 November 2016

Majlis Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Bertolak lebih awal daripada waktu yang dirancang disebabkan pertukaran aturcara. Jam 8.00 pagi kami telah memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah perjalanan kami ke sana berjalan lancar. Hari ini anak-anak angklung ditemani Cikgu Hasrina pula di samping Uncle Sam yang memang sentiasa disisi kelab dalam apa jua keadaan. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Sampai di hotel kami terus ke bilik yang dikhaskan dan bersiap-siap.


Suasana di luar yang telah dihias dengan rapi oleh kakitangan hotel dan pengurus majlis.




Jam 11.00 pagi kami memulakan raptai terakhir. Sempat berposing di sana sini.



Jam 12.30 tengahari kami memulakan santapan setelah menahan lapar sejak dari  pagi tadi lagi.


Jam 1.30 petang bersedia di hadapan pintu lif menanti ketibaan Tuanku Permaisuri. Berposing lagi...



Setelah memukul jidur lebih kurang 6-7 minit...maka tibalah orang yang dinanti-nantikan oleh kami semua. Wah...glamer you. Iring Tuanku Permaisuri Agong gitu...



Kami iring Tuanku hingga ke Bilik Khas dan kemudian setelah selesai bergambar sekali lagi angklung diayunkan untuk mengiringi baginda ke dalam dewan keraian.



Selesai bahagian pertama. Anak-anak angklung berehat sebentar di dalam bilik yang dikhaskan sementara menanti selesainya majlis hi-tea. Makan dan minum lagi sambil melayan diri sendiri di dalam bilik tersebut. Masa berjalan dengan begitu pantas. Tibalah masa untuk mengiring baginda berangkat pulang. Posing lagi.


Dalam sibuk memainkan angklung kami masih sempat bergambar dengan tuanku. Menjungjung kasih tuanku.




Berakhirlah peranan kami pada hari ini. Yang menarik persembahan kami hanya memainkan satu lagu sahaja iaitu Inang Cina. Menjadi satu sejarah penting untuk aktiviti kelab angklung pada tahun ini. Terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menjemput kami. Insyallah kita akan berjumpa lagi.


Monday 28 November 2016

Raptai Menjunjung Kasih

Menguruskan hal remeh-temeh di sekolah dan kemudian menanti anak-anak angklung tiba untuk bertolak ke Bandaraya Kuala Lumpur. Hari ini 28 November akan menyertai raptai untuk majlis menjunjung kasih yang akan berlangsung esok. Tepat 12.30 tengahari dengan bantuan Uncle Sam dan Cikgu Siti Raxkina kami memulakan perjalanan. Tidaklah jem sangat laluan ke sana dan kami sampai di lobi hotel lebih kurang 45 minit kemudian. Terus menuju ke hotel dan Encik Razif memaklumkan kami perlu berada di tingkat 14 hotel. Kami memulakan aktiviti petang ini dengan acara makan.



Jam 2.20 petang kami berada di dalam Dewan Manhattan untuk mendengar taklimat sambutan dan kemudian menuju ke bahagian hadapan untuk raptai penuh. 



Beberapa kali perubahan dibuat untuk menjadikan majlis sempurna. Aiman tak kisah....buat jer la kan. Jam 6.30 petang kami bertolak pulang. Kali ini perjalanan kami sedikit tersangkut disebabkan kesesakan jalan raya. Maklum semua orang nak balik rumah pada waktu tersebut. Esok pula kami kemari lagi.


Tuesday 22 November 2016

2day in History

Hari yang dinanti ......rakaman. Sejarah untuk Kelab Angklung Wariseni. Setelah mengharungi pelbagai rintangan, onak dan duri dalam dunia seni, hari ini kami dapat merakamkan alunan angklung kelab untuk menjadi tatapan semua. Ini juga merupakan salah satu usaha kami untuk mengumpul dana untuk projek 2017 nanti. Hari ini Cikgu Raxkina, Cikgu Aswar, Cikgu Elsa, Cikgu Haliza dan Cikgu Hasrina membantu untuk membaawa anak-anak angklung ke Taman Tasik Shah Alam dan secara tidak langsung menjadi juru dandan dan juru solek kepada mereka.



Posing memang menjadi amalan kami.




Rakaman lagu Getaran Jiwa....Chong sudah mula nampak goyah. Dia actually tidak sihat namun gagah juga hadir untuk rakaman hari ini. Kurehatkan sekejap untuk dia mengambil nafas. 4 lagu pertama berjalan lancar. Awan mendung mula berarak dengan perlahan-lahan menuju ke arah kami. Akhirnya kami beralah dan berpindah ke Galeri apabila hujan mulai turun.




Terlalu sempit untuk anak-anak angklung beraksi di dalam galeri....kami bertukar tempat lagi berada di hadapan Galeri pula...namun hujan mencemburui kami lagi dan kami terpaksa beralah sekali lagi. Maka rehatlah kami dan bersantap sementara menanti hujan reda.




Akhirnya kami beralih tempat untuk kesekian kalinya. Siap juga akhirnya walaupun macam-macam rintangan dihadapi. 



Tahniah kepada anak-anak angklung. Kita tunggu hasilnya nanti ya.




Friday 18 November 2016

Penanda Aras Program Pelestarian Tradisi 2017

18 November 2016, taklimat dan perbincangan bersama-sama dengan semua GKMP, Para Pentadbir dan agen untuk program kami tahun depan. Bersungguh-sungguh mereka membantu kami untuk menjalankan program ini pada tahun hadapan. Segala persiapan sedang diaturkan dan bantuan dicari. Naib YDP PIBG Encik Alexander turut menghadiri perbincangan hari ini. Moga pertemuan hari ini membuka langkah pertama untuk projek kami tahun 2017. Insyallah.





Thursday 17 November 2016

The Making 2day in History

Memulakan aktiviti untuk tahun 2017....latihan demi latihan dijalankan bagi memantapkan persembahan nanti. Tidak jemu-jemu anak-anak angklung mengharungi latihan dan dimarahi oleh guru acapkali melakukan kesilapan dan kelalaian. Namun mereka tetap tabah megharungi cabaran. Syabas cikgu ucapkan. Walaupun kita dibebani dengan pelbagai rintangan...ia tidak sedikit pun mematahkan semangat kita untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni dan memartabatkan budaya bangsa.

Mendengar amanat daripada Uncle Sam

Menjalani latihan di sekolah dari hari ke hari....bergurau-senda sesama ahli mengeratkan lagi hubungan kami. Persatuan dan kelab lain di sekolah tidak seperti kami. Walaupun terdiri daripada pelbagai umur dan kelas namun ia tidak sedikit pun membezakan kami dalam dunia seni.



17 November dengan bantuan beberapa orang guru untuk membawa anak-anak angklung menjalani latihan akhir di Galeri Shah Alam sebagai persediaan untuk rakaman nanti. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Uncle Sam tidak jemu-jemu membantu kami untuk merealisasikan aktiviti kami. Terima kasih uncle.




Tuesday 1 November 2016

Aktiviti Sampingan

Objektif hari ini....menyiapkan dinding kami. Bertemankan 3 orang anak-anak angklung Syafina, Syahmi dan Fazli serta abang Din Kantin serta Mohsin Pak Guard kami berhempas pulas menyiapkan mural kat tembok depan ni. Terima kasih kepada yang membantu. Jasamu dikenang. Line dah disediakan oleh Cikgu Elsa tinggal kami nak menconteng ajer. Huh....tengoklah hasil kerja kami. Maaflah rumput belum tanam lagi baru tabur pasir. Pulak pokok bunga pun sama. Terletak atas pasu jer tu. Nanti-nantilah kami siapkan. Ini baru fasa yang entah ke berapa. Huhuhuhu....