Sunday 29 January 2023

Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan

Job hari ini Cikgu Siti Raxkina yang dapatkan job ni. Peringkat kebangsaan untuk anak-anak angklung pada tahun 2023. Alahamdulillah. Tugas kami simple sahaja, iaitu iring masuk dan memainkan sebuah lagu setelah perasmian. Beberapa orang senior turut terlibat untuk memabantu adik-adik memantapkan persembahan. Maklumlah mereka tidak banyak terdedah kepada persembahan luar. Abang dan kakak senior menjadi panduan mereka. KAW Team utuh dengan kerjasama semua!!!! Terima kasih dari cikgu-cikgu kepada mereka. Majlis berlangsung di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam. Van angkasa sampai 2 buah membawa kami ke sana dan kami sungguh selesa di sana. Persembahan terbaik kami sajikan kepada semua. Moga mereka terhibur dengan persembahan unik kami ini.












Tuesday 24 January 2023

Lawatan USIM

24 Janauri 2023 kami dilawati oleh salah seorang jawatankuasa untuk menubuhkan kelab angklung di USIM. Tujuan lawatan belaiu adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang angklung sebelum membuat pembelian kerana beliau tidak mengetahui selok belok yang mendalam tentang angklung. Setelah mendapatkan pendedahan kedua-dua pihak telah mendapat banyak maklumat kesan dari pertukaran idea dan pandangan. Rupa-rupanya anak-anak angklungku berpeluang untuk meraih diploma sebelum mendapatkan SPM atas kemahiran mereka bermain angklung di bawah naungan TVET. Alhamdulillah akan kami usahakan untuk anak-anak didik kami.






Friday 20 January 2023

Projek Menanam Pokok Lemon

Tanaman ini diusahakan oleh Cikgu CT bersama-sama ahli senior. Dahulunya kami cuba menanm pokok nanas, namun bukan rezeki kami, pokok bantut dan kemudian banjir melanda. Semuanya mati. Adalah satu pokok yang selamat dan berputik. Kami menanti hasil dari satu pokok ini Jadilah....rezeki juga kan.





Wednesday 18 January 2023

Majlis Apresiasi Citrajaya SPM PPD Petaling Perdana 2022

Persembahan kami hari ini singkat sahaja, persembahan pembukaan. Bertemakan Bollywood kami mendendangkan lagu Kuch Kuch Hota Hai. Anak-anak angklung hari ini diuruskan oleh Cikgu CT dan Cikgu Izzakir. Kami menerima Anugerah Khas daripada PPD Petaling Perdana atas sumbangan kami sepanjang tahun dalam aktiviti angklung. Tahniah semua!!! Sempat kami merakamkan memori di booth luar dewan.











Saturday 14 January 2023

Majlis Apresiasi Tingkatan 5 2022/2023

Majlis berlangsung di Hotel Concorde pada 14 Januari 2023. Anak-anak angklung diminta berkumpul di pondok i-Think pada pukul 6.45 pagi. Sebaik sahaja semua bersedia kamii bertolak dengan menggunakan dua buah  kenderaan iaitu kreka KIA dan Expander Cikgu CT. Sampai sahaja di sana kami mencari ruang untuk meletakkan alatan dan membuat rehearsal. 



Pukulan pertama jidur Syazwan amat membanggakan. Walaupun terdapat kesilapan di  pertengah pukulan dan laju sedikit dari biasa, pencapaiannya amat memeberangsangkan. Maka, kami sudah mempunyai pelapis untuk pemukul jidur. Menggantikan abang Aiman dan abang Acok.



Tugasan kami hari ini mengiringi VIP masuk dan pulang serta menghiburan semua dengan sebuah lagu iaitu lagu Cindai sewaktu rehat Sidang 1 selesai. Perjalanan persembahan berjalan lancar. Harapan pada tahun ini ayunan anak-anak angklung semakin meningkat.