Thursday 29 October 2020

Penghantaran Video

29 Oktober 2020 hari terakhir untuk menghantar video rakama kepada penganjur pertandingan. Mengambil sedikit masa untuk memperkemaskan video Patrina. Berhantu sungguh lagu yang dimainkan. banyak halangan untuk mengemaskannya. nasib baik Abbas ada. Setelah semua selesai ketiga-tiga video dapat kuhantar dengan selamat. Moga beroleh kejayaan. Amiiin. Kepada anda semua diluar sana, sokonglah kami nanti dengan menonton. like dan share video kami nanti untuk meraih kejayaan.





Tuesday 27 October 2020

Rakaman Group

Berjaya juga membuat rakaman kumpulan. Ingatkan kami akan menggunakan video group sewaktu persembahan di Melaka. Ibu Saiful Azim bermurah hati menyediakan sarapan pagi untuk kami semua. Terima kasih kak, moga rezeki akak akan bertambah dan melimpah ruah. Sokongan jitu daripada ibu bapa ahli-ahli kelab ini turut menaikkan semangat aku. Perjalanan rakaman berjalan lancar dan memakan masa yang singkat oleh kerana dilakukan secara berkumpulan. Kesilapan tidak  ketara ditunjukkan tambahan pula mereka sudah mahir memainkan lagu ini. Terima kasih kepada semua!



  

 


Monday 26 October 2020

Rakaman Solo

9.00 pagi Patrina dan Acok sudah sedia menanti di tempat yang dijanjikan. Terus menuju ke rumah Cikgu Siti Raxkina. Hari ini dengan penuh harapan untuk membuat rakaman solo akan berjaya di sana nanti. Persiapan dibuat sebaik sahaja tiba di rumah cikgu Siti dan memberi sedikit masa kepada mereka berdua untuk membuat latihan. Refresh.......Kesilapan demi kesilapan sewaktu merakamkan adegan mereka namun mereka tetap berusaha untuk menjayakan rakaman ini.  Alhamdulillah jam 2.00 petang kami selesai merakamkan adegan Pat dan Acok dengan lagu pilihan asal mereka Cindai dan Kuch Kuch Hota Hai. Pertaruhan dalam Angklung's Day 2020.


  


 

Tuesday 20 October 2020

Latihan dan Rakaman

Kesuntukkan masa! Stress aku memikirkan bagaimana untuk memulakan rakaman sedangkan latihan masih belum dibuat untuk menyertai pertandingan ini. Kekadang rasa menyesal pula untuk turut serta dalam situasi Covid-19 sedang melanda dengan teruk sekali di Malaysia. Namun, dengan sokongan dan bantuan partner Cikgu Siti Raxkina, aku teruskan jua. Patrina dan Zulfikar kubawa masuk ke dalam sekolah untuk menjalani latihan dan sekali gus membuat rakaman. Setelah berlatih selama 2 jam mereka mencuba untuk memainkan lagu pilihan mereka. Namun, desebabkan rasa gemuruh banyak kesilapan yang mereka lakukan. Semakin dicuba semakin gementar sehingga akhirnya mereka mengubah lagu pilihan mereka tetapi hasilnya tetap sama. Kekangan masa..akhirnya pada jam 2.30 petang kami beransur pulang dengan harapan akan terdapat hari kami akan dapat melakukannya sekali lagi. Insyallah....



Monday 12 October 2020

Tebang Dahan Pokok

Laporan dan gambar daripada Cikgu Siti Raxkina, Encik Mohd Din Penolong Kanan Pentadbiran menggunakan kudrat sendiri untuk mencantas dahan-dahan pokok yang ada di belakang Kabin D'Angklung. Terima kasih Encik Din, harap pokok tersebut dapat ditebang terus kerana teah merosakkan bumbung dan gutter kabin kami.

 


Thursday 1 October 2020

Laporan Kerosakkan Kabin D'Angklung

Tak sangka lawatan keliling kabin membuatkan aku terpana. Rupa-rupanya ribut hari itu membuatkan siling kabin aku melayang. Patutlah aku dengar pelbagai bunyi hari itu. Namun aku buat endah tak endah sahaja. Terus kuambil gambar dan kulaporkan dalam Telegram rasmi Mentari Petang. Apa maklumbalas dari pentadbir  dan tindakan mereka? Kita tunggu ya. Sekian.