Tuesday 21 June 2022

Sesi Fotografi

Hari ini kami ada sesi fotografi. Kami rekues khas untuk ini. Tak mahu terlepas dari terpapar dalam majalah sekolah. Maklum dah 2 tahun tidak tercerita. Today in history budak-budak kena marah dengan AJK fotografi kerana susah sangat untuk disusun. Padan muka kome!!!




Thursday 16 June 2022

Keputusan SPM

16 Jun 2022 keputusan SPM dikeluarkan. 3 dari 4 orang ahli yang mengambil keputusan hari ini. Tahniah kepada Saiful, Veronica dan Hazni. Teruskan usaha anda hingga ke menara gading.








Sunday 12 June 2022

Kem Saung Angklung

Perancangan aktiviti yang dibuat secara adhoc juga la sebab aku lupa untuk menghantar awal kertas kerja kepada pengetua. Kena tegur la apa lagi....biasalah untuk mencapai sesuatu akan menghadapai pelbagai rintangan sebelum berjaya. Namun aktiviti kami berjalan dengan lancar walaupun dalam masa yang sama kami m enghadiri satu jemputan perkhawinan di Alam Megah. Terima kasih kepada Cikgu Izzakir dan Cikgu Fatinah menjaga mereka semasa kami di sana. Tidak lupa juga kepada Encik Sam Mat Kous meluangkan masa untuk mengajar teori dan amali angklung di awal perkhemahan. Aktiviti ini berlangsung selama 2 hari dan bermalam di sekolah. Antara program yang dijalankan ialah ice breaking,  teori amali, latihan secara berkumpulan dan akhirnya pertandingan untuk mengetahui pencapaian ahli-ahli baharu di dalam tingkatan 1.




Aktiviti pada 11 Jun 2022








Aktiviti pada 12 Jun 2022


Saturday 11 June 2022

Majlis Tautan Ukhwah (Puan Wan Akidah Wan Kadir)

Jemputan adhoc juga daripada GKMP Puan Wan Akidah setelah melihat perembahan kami di Dewan Hatinie pada 6 Jun 2022 yang lalu. Tugas kami di sini hanya mengiringi sewaktu salam restu dan menghiburkan tetamu dan mempelai sewaktu makan beradap. Pertama kami kami bermain di sini iaitu di Alam Megah. Terbaik semua!!!!






Walawey...sempat ko!!


Thursday 9 June 2022

Pelapis 2022

 Masih dalam carian dan latihan. Antara yang akan menjadi pelapis kepada senior :

 
                             Fenna Julin                                          Nor Dhiya

  
                                Nur Alya                                                 Nur Alysa

 
                               Puteri Eva                                                   Syafiq

 
                             Umairah                                                             Varma

Syazwan


Guru Penasihat 2022

Tahun ini kami dikurniakan 2 orang guru penasihat yang akan membantu kami di sesi pagi dan petang. InsyAllah ilmu akan diturunkan kepada cikgu-cikgu ini untu mengambil alih kelab ini nanti. Tahniah cikgu-cikgu.


Cikgu Fatinah


Cikgu Izzakir


Monday 6 June 2022

Majlis Tautan Ukhwah : Alya Sakeenah & Muhammad Haziq

Persembahan yang dijemput secara adhoc oleh Puan Samira dengan permintaan lagu yang pelbagai antaranya Lembaran Juzuk Cinta (Halim Ahmad & Furqan Fawwaz), Baraka Allahu Lakuma (Maher Zain), Penghujung Cintaku (Pasha ft Adel), Bisikan Nurani (InTeam), Cinta Luar Biasa (Andmesh), Rampai Selawat (Hafiz Hamidun) dan Indah Cintaku (Nicky Tirta ft Venessa Angel). Lagu-lagu Kisahku Inginkan (Siti Nurhaliza ft Judika), Love Story (Taylor Swift), Nur Kasih (InTeam) dan Kekasih (Halim Ahmad) tidak dapat kami penuhi oleh kerana singkatan masa latihan. Namun kami selitkan beberapa lagu lain seperti Deen Assalam (Sabyan), For the Rest of My Life (Maher Zain) dan Cinta Sampai Mati (Raffa Affar) untuk mengisi kekosongan. Kami iringi mempelai dengan lagu Rampai Selawat.!!!!!





Persembahan kami lebih baik dari persembahan terdahulu. Mungkin anak-anak angklung sudah semakin lembut tangannya setelah 2 tahun lebih tidak mennjalani latihan dan tiada persembahan. Alhamdulillah kami mendapat jemputan adhoc sekali lagi di Taman Alam Megah pada 11 Jun 2022 ini nanti. Anak Puan Wan  Nora'Akidah pula. Tetapi kali ini kami akan hanya mengiringi sewaktu salam restu sahaja dan sewaktu mempelai makan beradap. Moga semuanya berjalan lancar nanti.