Wednesday 26 February 2014

Kelab Angklung SMK (P) Sri Aman - Part II

26 Februari 2014, sesi kedua latihan angklung untuk kelab angklung SMK (P) Sri Aman. Hari ini aku mengambil alih sepenuhnya melatih ahli-ahli kelab ini. Ika Yowess turut sama memberikan bantuan dalam memberi tunjuk ajar memainkan jidur pada pemain jidur kelab ini. Begitu pantas mereka dapat menguasai lagu-lagu yang diajarkan. Tahniah dan syabas kepada mereka walaupun baru kali kedua memegang angklung......mendapat pujian dari guru-guru yang lalu-lalang di bilik latihan.

Ika Yowess....cis budak ni..mengambil kesempatan dengan kamera aku. Tengoklah ni!



Beberapa gambar diupload di sini.....untuk cikgu SMK (P) Sri Aman, gambar sepenuhnya boleh dilihat dan di download pada page FB kami di sini.





Saturday 22 February 2014

K.A.W Team (Gotong-royong)

Hari ini ada latihan untuk semua ahli Kelab Angklung Wariseni bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Kehadiran ahli-ahli tingkatan 1 masih memberangsangkan. Semangat dan komitmen mereka masih utuh. Terima kasih di atas kehadiran semua terutama kepada senior yang membantu semasa latihan tadi. Latihan ditamatkan pada pukul 10.00 pagi dan aktiviti gotong-royong menyiapkan papan kenyataan kelab dimulakan.

Puas aku mencari mana maklumat yang telah siap dicetak...dalam bilik angklung ....takde...dalam bilik HEM...pun takde, sudahnya aku balik ke rumah. Walawey...kek umah rupo nyer semua bahan tu. Sesampai sahaja di sekolah, aktiviti menghias pun dimulakan. Huru-hara sekeliling...dengan sampah, potongan kertas, makanan dan minuman. Kerjanya tak seberapa. Apa-apa pun semua dapat disiapkan dan akan dibuat penambah baikkan pada hari Isnin nanti. Board kami terbuka...tak boleh dikunci...harap-harap dapat dikunci Isnin nanti. Bimbangkan hujan dan kenakalan anak-anak sekolah.








Wednesday 19 February 2014

Kelab Angklung SMK (P) Sri Aman

Hari ini buat kali kedua aku dapat mengikuti Encik Sam mengajar disebuah sekolah di Petaling Jaya iaitu SMK (P) Sri Aman. Sekolah menengah....yang pertama sekolah rendah yang terletak di Putrajaya iaitu SK Presint 2. Kali ini aku ke sana dengan tiket pembantu jurulatih. Satu langkah lagi untuk mengharumkan nama sekolah. Thank you pada Encik Sam kerana memberikan kepercayaannya kepada aku. Bukan mudah untuk meraih kepercayaan tersebut.


Cikgu Azlina

Cikgu Puteri

Encik Sam tekun mengajar
Minggu depan....2 jam aku akan mengendalikan kelas angklung tersebut. Sebentar tadi aku membantu sedikit...ku lihat air muka anak-anak kelab tersebut...cerah. Tunggu....bagaimana pencapaian mereka pada minggu hadapan.

Wednesday 12 February 2014

Refleks 2013 (Jilid 17)

Majalah sekolah Refleks 2013 sedang diedarkan kepada murid-murid di sekolah ini. Memang memeranjatkan.....gambar kami turut menjadi sebahagian daripada muka depan majalah ini. Best woooooo! Tetapi ada sedikit kesilapan dalam nama kelab kami....Walau apa-apa pun kami tetap bangga dapat mengharumkan nama sekolah dipersada seni terutama dalam muzik tradisional angklung.




Cover Depan Majalah Refleks 2013


Sunday 9 February 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Klang

Bas vokasional tiba tepat pada jam 7.48 pagi. Saspen juga kerana janjinya pukul 7.30 pagi. Bukan apa...kami takut nanti kami yang terlewat tiba VIP sampai dulu. Pagi-pagi lagi anak-anak angklung sudah tiba dengan pakaian yang telah dibekalkan. Sempat kami berposing sebelum memulakan perjalanan ke Kelang.



Sebaik sahaja bas tiba kami bergegas ke sana. Hari ini aku tak perlu membawa kenderaan sendiri ke tempat persembahan. Dapatlah aku berfoya-foya dalam bas nanti.....yeah!



Perjalanan hanya memakan masa 30 minit sahaja....agaknya kalau pemandu tu ikut jalan yang lain lebih cepat sampai ke destinasi. Apa-apa pun kami selamat sampai ke sana.


Perancangan telah berubah. Kami sepatutnya hanya membuat persembahan di waktu rehat sahaja...tetapi kami turut serta dalam acara perasmian mesyuarat apabila ahli-ahli baru kelab angklung kolej ini belum dapat memainkan angklung dengan begitu baik. Maklumlah baharu sahaja 4 hari berlatih. Tabik spring kepada mereka. Kami hanya sebagai pembantu kepada kumpulan ini semasa perasmian nanti. Dua buah lagu dimainkan iaitu Bintang Kecil dan Engkau Laksana Bulan.

Mendengar arahan jurulatih
Selepas rehearsal singkat...kami pun menikmati sarapan pagi serba ringkas yang disediakan oleh Kolej Vokasional pagi ini. Best....meeehun goreng, kuih karipap dan cara berlauk. Air...mineral sahaja. Alhamdulillah.



Semasa menanti ucapan-ucapan daripada para VIP...sempat lagi kami berposing di belakang pentas.

VIP disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang

Membaca doa
Sebaik sahaja ucapan perasmian diberikan paluan kompang sekali lagi berbunyi...kemudian giliran kami dan kumpulan kelab angklung kolej naik ke pentas untuk memulakan persembahan.


Mengalunkan lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Selepas penyampaian hadiah dan cenderahati, kini giliran kami pula mengambil tempat untuk menghiburkan para ibu bapa yang hadir sambil menikmati juadah serba ringkas yang disediakan oleh pihak kolej.





Sesi bergambar dijalankan selepas semua alatan dikemaskan. nak bergambar dengan ahli-ahli kelab angklung kolej.....aisehhhh, yang tinggal hanya dua orang sahaja. Jadilah....




Bas sudah menanti...kami pun bergegas mengambil barang dan mengangkatnya untuk dimuatkan ke dalam bas. Sempat lagi berposing.....bye Kelang, thank U 4 inviting us!



2 toggak utama Kelab Angklung Vokay Klang

Thursday 6 February 2014

Ralat dan Latihan

Ralat.......ralat.....ralat.....semasa menyiapkan video klip kelab...tersentak dari lamunan....terhenti lamunan, bila ku dikejutkan....Aris Ariwatan....ambilan ke empat sudaaaa....bukan ke tiga. Badge pertama pada hujung tahun 2011, Amnan and the gang, ambilan kedua pada tahun 2012....Ariff and the gang, ambilan ketiga 2013.....Si Kembar and the gang dan akhir sekali ambilan keempat 2014......geng...belum ada geng.

Ambilan Keempat 2014
Ambilan Ketiga 2013
Ambilan Kedua 2012
Ambilan Pertama 2011



Hari ini generasi keempat sudah menjalani latihan buat kali kempat dan lihatlah hasilnya.Kehadirannya ahli-ahli baru ini masih memberangsangkan dan masih mendapat sambutan  dari murid-murid tingkatan satu tahun ini. Harap komitmen mereka berpanjangan.






Klip latihan : Klik Sini dan Sinun.