Thursday 31 May 2018

Majlis Sanjungan Kasih : Lambaian Budi

Majlis ini diadakan di Dewan Utama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor meraikan Encik Kamsaini yang bersara pada 31 Mei 2018.  Hari ini kami menaiki coach JPN untuk ke sana.



 

Terus bersiap-siap sebaik sahaja tiba di JPN dan memainkan lagu Dikir Puteri sebagai sound check. Aku dan CT tak sihat hari ni...kesian Elsa diapit oleh dua orang yang terkokol-kokol batuk ni.


Majlis dimulakan agak lewat......anak-anak angklung memainkan beberapa lagu sebelum berehat seketika untuk solat Zohor dan kemudian menyambung semula persembahan sebelum mengiringi Encik Kamsaini ke Dewan Utama.

  



Sebaik sahaja acara penyampaian cenderamata dan sesi bergambar selesai, kami memainkan peranan untuk menutup majlis. Lagu Pelangi Petang, Kancing Suasa dan Dendang Perantau dimainkan atas permintaan Encik Kamsaini sendiri.


Rezeki anak-anak angklung....Encik Kamsaini menghulurkan wang sumbangan untuk anak-anak angklung untuk berbuka puasa nanti. Terima kasih daun keladi jika ada apa-apa jangan lupa jemput kami lagi.


Sunday 27 May 2018

Busking 2 (Plaza Alam Sentral)

Kali kedua kami di Plaza Alam Sentral. Terkejut juga aku bila Encik Kaha tetiba tanya ada angklung ke hari ini. Aku pun dah jadi teragak-agak. Tapi aku sure hari ini 27 hb Mei 2018, memang ada di sini dan persembahan kami pada pukul 2.00 petang nanti. Budak-budak terus membuat persiapan dan kemudian ke surau untuk menunaikan solat Zohor seterusnya bersolek. Budak-budak lelaki hanya lepak diperkarangan pentas sahaja.

   


Hari ini kami memainkan 15 buah lagu dimulai dengan lagu Selamat Datang dan diakhiri dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini. Hari ini penonton agak ramai dari minggu lepas dan CD kami pun ada terjual. Alhamdulillah.  Berjalan lancar semuanya hari ini. Jam 3.30 petang kami beransur pulang dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Kaha. So, tinggal satu hari lagi persembahan kami di sini. Terima kasih kepada Plaza Alam Sentral.

  




Saturday 26 May 2018

Galaxy Annual Staff Dinner Gathering

Cikgu Siti Raxkina dapatkan job ni. Lama dah tapi ditangguhkan kepada hari  ini oleh sebab-sebab yang tertentu. Hari ini kawan Cikgu Siti yang katanya panggil abang Zul membantu kami membawa anak-anak angklung ke Global Business Center & Convention' Aku tak tahu jalan ke sana hanya menurut dari belakang sahaja. Alhamdulillah kami sampai mengikut waktu yang ditetapkan walaupun jem di beberapa tempat.

 
  
Mengarahkan anak-anak angklung bersiap-siap sementara kami  melihat pentas persembahan. Kemudian menyiapkan pentas dengan alatan dan seterusnya membuat sound check. Uncle Sam membantu dalam urusan ini.

  


6.30 petang kami memulakan persembahan. 5 buah lagu didendangkan sebagai pembuka bicara petang ini. Kemudian kami menunggu waktu berbuka puasa. Makanan dihidangkan di atas meja untuk kami....memang special sungguh! Meja juga terletak di hadapan pentas. Selesai semua kami memulakan sesi persembahan kedua selama 40 minit. Lagu terakhir ialah lagu Champa Muang Lao. Mereka berpuas hati dengan persembahan kami malah menguar-uarkan profil kelab kepada staf-staf mereka. 

  

Sebelum beredar anak-anak angklung mendapat sekotak kurma dan duit raya daripada pengarah Compony Galaxy. Sempat juga bergambar sebagai kenangan. Terima kasih daun keladi, nanti jemput kami lagi!

  

Saturday 19 May 2018

Busking di Plaza Alam Sentral

Mendapat kebenaran pihak Alam Sentral Cik Dhaniah untuk membuat persembahan di sana. Alhamdulillah setelah berurusan dengan beliau maka busking pertama kali di Alam Sentral berlangsung pada hari ini, 19 Mei 2018. Bertemankan Uncle Sam dan Cikgu Siti Raxkina menuju ke sana dengan membawa 14 orang anak-anak angklung. 3 daripadanya terdiri daripada Aiman Shafiq, Azamuddin dan Syahirah Aliya. Ahli tingkatan 1 yang hendak didedahkan dengan aktiviti luar kelab.

 

Parking penuh bhai......tapi akhirnya dapat juga parking di dalam bangunan. Siti dan Uncle Sam parking di luar plaza.  Sampai sahaja terus berjumpa dengan Encik Kaha emcee hari ini. Beliau terus menunjukkan tempat dan kami membuat persediaan. Berjanji dengan anak-anak angklung 1.50 petang sudah berada di pentas untuk membuat sound check dan kemudian terus memulakan persembahan.

  

  


Terima kasih kepada pihak Alam Sentral kerana telah merealisasikan program kami hari ini. Persembahan kami berakhir pada jam 3.00 petang. Kami akan kemari lagi pada  27 Mei dan 2 Jun nanti. Tunggu kami di sana.



Wednesday 16 May 2018

DDay Kelab Guru SMK TTDI Jaya - 1st Event Hari Guru

Seawal 6.50 pagi telah tiba untuk membantu ahli-ahli Kelab Guru SMK TTDI Jaya untuk membuat persiapan terakhir persembahan sulung mereka di Hari Guru. Aku terus membantu menyusun angklung-angklung yang diperlukan dan kemudian  menyusun atur cara mereka naik dan turun dari pentas serta memberikan tunduk hormat. Mereka nampaknya sungguh teruja dengan persembahan yang akan dilangsungkan pagi ini. Walaupun begitu perasaan gementar masih tetap ada. Guru-guru yang terlibat masing-masing  memainkan peranan dalam persiapan terakhir ini. Mereka sempat membuat latihan akhir sebelum keluar dari Bilik PKI dan membawa senjata mereka ke sana. Tahniah cikgu-cikgu. Anda memang berbakat semuanya.


 

     

  

Tuesday 15 May 2018

Projek Mengumpul Dana

Datanglah beramai-ramai ke Plaza Alam Sentral pada 19, 27 Mei dan 2 Jun 2018. Kelab Angklung Wariseni akan membuat persembahan untuk menghiburkan para pengunjung plaza di samping mengumpul dana untuk Program Lawatan Sambil Belajar ke Sekolah Angklung di Indonesia. Sumbangan anda amatlah diharapkan untuk menjayakan projek kami pada tahun ini. Terima kasih daun keladi, kalau nak meyumbang marilah ke sini.


Monday 14 May 2018

Sanggar Angklung III SMK TTDI Jaya

Isnin, 14 Mei 2018, menuju ke SMK TTDI Jaya untuk melatih guru-guru di sana membuat persembahan angklung pada 16 Mei nanti sempena sambutan Hari Guru 2018 nanti. Tema hari guru : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Gah sungguh bunyinya.

Memulakn latihan dengan beberapa orang guru dahulu dan kemudian bertambah dari masa ke semasa. Abang Ram tiada pula hari ini untuk menampung kekurangan pemain. Hari ini cuma ada 12 orang guru dan menjadi 11 orang sahaja apabila seorang guru akan menjadi konduktor semasa persembahan nanti. Alhamdulillah, dengan tekad dan semangat mereka dapat memainkan dengan baik walaupun tak sampai 4 jam mereka belajar. Hari ini 2 jam...minggu lepas 2 jam juga. Syabas kepada cikgu-cikgu ini. Insyallah mereka akan dapat membuat persembahan yang baik nanti. Teruskan berlatih ya cikgu-cikgu. 





Monday 7 May 2018

Sanggar Angklung SMK TTDI Jaya

Menuju ke SMK TTDI pada pukul 12.00 tengahari setelah menyelesaikan urusan di PPD Petaling Perdana, Sekolah dan ke Komplek PKNS, mencuci rambut dan menghantar t-shirt untuk diframekan kat Ziezack. Singgah kedai mamak untuk mengisi perut. Semua pelanggan kelihatan lelaki, aku jer seorang dalam tu pompuan. Segan juga...tapi aku pun ada duit nak bayar apa yang aku makan. Buat apa malukan. Tak lama kemudian Uncle Sam pun join sama makan. Maka tak keseoranganlah aku. Selesai makan jam 1.15 petang kami menyusuri jalan ke sekolah.

Membuat persiapan di bilik yang disediakan, menyusun angklung-angklung yang diperlukan untuk pilihan lagu yang mereka mahukan iaitu Terukir Di Bintang oleh Yuna. Uncle Sam memulakan kelas dengan mengenalkan angklung dan note-note angklung secara ringkas. Juga cara-cara memegang angklung dengan betul. Sementara aku merakamkan aktiviti yang berlaku. Posing sket juga.

   


Giliran aku pua ambil alih setelah angklung diperkenalkan kepada guru-guru muda ni...adalah sorang guru retro lelaki....besar orangnya. Pada mulanya mereka kurang memahami ayunan angklung tetapi lama kelamaan mereka dapat menjiwai lagu yang dimainkan. Walaupun masih baharu kedengaran gemersik angklung yang digoyangkan oleh mereka. Bertepuk tangan akhirnya mereka diakhir sesi, tahniah cikgu-cikgu berjaya memainkan angklung walaupun baharu 2 jam belajar. Kita jumpa lagi pada hari Jumaat nanti jam 2.30 petang di tempat yang sama untuk memantapkan lagu ayunan angklung cikgu tu.

  




Friday 4 May 2018

Butik D'Angklung 2018

Hari ini dengan ditemani 7 orang anak-anak angklung Saiful (Sis), Shakil, Ain, Doreen, Veronica, Aslinda dan Hazni, aku memasang karpet di bilik baju dan kemudian menyusun atur semula pakaian kelab agar senang untuk dikendalikan oleh ank-anak angklung nanti. Fatihah turut sama membantu sewaktu rehat. Kami memulakan tugasan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Alhamdulillah semua kerja berjalan lancar berkat kerjasama semua. Yang berat menjadi ringan. Terima kasih kepada anak-anak angklung tingkatan 2 dan Fatihah.