Thursday 23 May 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

23 Mei, sambutan Hari Guru SMKTSM. Bertempat di dataran, guru diarak ke perkarangan dengan paluan kompang. Setelah ucapan demi ucapan diberikan, nyanyian dan ikrar dari guru disertai dengan upacara memotong kek Hari Guru tajaan PIBG sekolah, persembahan dimulakan dengan persembahan angklung. Dua buah lagu akan didendangkan iaitu lagu Isabella ST12 dan Kampuang Nan Jauh Di Mato.

Apalah punya nasib, hari ini lupa bawa kamera dan handycam. So, handphone lah menjadi perakam penting. Cikgu Elsa menjadi perakam menggunakan hp Samsung SIII ni. Aiseyman......lagu Isabella cikgu Elsa terlepas rakam. So dapat lagu Kampuang Nan Jauh Di Mato saje. Orait la.











Tuesday 14 May 2013

Rakaman TV Tiada Lama Tiada Baru

Panggilan daripada Azizah memang mengejutkan. TV1 memanggil kami untuk membuat rakaman dalam rancangan Tiada Lama Tiada Baru pada 11 Mei ini di FINAS. Anak-anak angklung dipanggil untuk berlatih. 4 orang ahli junior terpilih dalam kumpulan ini. Tahniah...tetapi anda akan digilir-gilirkan dengan ahli-ahli junior yang lain. Tidak semestinya anda akan menghadiri semua persembahan. Semua ahli akan diberi peluang.
Berjanji dengan Pak Ariffin untuk mengambil kami di sekolah pada jam 10.30 pagi. Azizah menelefon meminta kami segera sampai. Nak buat macamana, dah janji dengan Pak Ariffin pukul 10.30 pagi. Namun kami dapat juga tiba awal di Finas, sampai sahaja di sana kami disambut oleh Azizah dan menunjukkan tempat untuk meletakkan barang-barang. Makan dulu!



Selepas makan kami diarahkan untuk menyusun atur kedudukan di atas pentas...memang kecil pentasnya.  Baris depan anak-anak angklung terpaksa duduk bagi menampakkan anak-anak angklung di barisan belakang. Dua lagu dicadangkan untuk segmen ini iaitu Getaran Jiwa dan Anak Kampung. Namun setelah diuji minus one...amat lari skornya. Oleh yang demikian kami menggunakan live band dan akan hanya memainkan lagu Anak Kampung sahaja.


Klip video akan diupload kat Youtube selepas rakaman ini ditayangkan. Macam biasalah, bila dah kat TV, bebudak ni sibuk nak bergambar dengan artis.








Sebelum balik, sekali lagi kami mengisi perut yang lapar ni.