Kunci kondo diambil dan kami meneruskan perjalanan ke PD Perdana Resort. Bangunan bewarna purple putih. Itulah tempat penginapan kami.
Meminta anak-anak solat dan bersiap untuk persembahan malam nanti sementara aku dan Cikgu CT melepaskan lelah buat sementara di dalam bilik. Cikgu Izzakair bersama-sama anak-anak lelaki dapat menginap di PDGCC. Jika tidak sempit jugalah kami di sini. Jam 6.30 petang kami bertolak semula dan bersiap-siap untuk memulakan persembahan. Terpaksa pulang ke kondo semula untuk mengambil topi anak-anak lelaki tapi bow tertinggal la plak....maka tanpa bow la mereka hari ini.
Sebelum memulakan gemersik angklung kami makan dahulu. Dihidangkan dengan mihun goreng beserta ayam goreng. Sedap dimakan semasa masih panas-panas lagi.
Persembahan dimulakan sebaik sahaja mereka memulakan jamuan makan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan olehNya malam ini. Persembahan kami berjalan lancar. Kedatangan kami juga mendapat sambutan hangat dari para peserta reunion dan mendapat tepukan daripada mereka. Pelbagai lagu didendangkan sebagai halwa telinga para peserta. 2 lagu utama mereka dapat kami dendangkan iaitu Hotel California dan Temple of the King.
No comments:
Post a Comment