Saturday 11 May 2024

Gotong-royong Perdana SMKTSM 2024

Tahun ini KAW Team berkolaborasi dengan Kelab Seni Kebudayaan sesi pagi dan petang untuk melaksanakan gootong-royong di Laman Nada. Alatan dan bahan sudah kami pesan seadanya untuk melaksanakan sesi ini. Memulakan tugasan dengan membahagikan kerja kepada mereka. Umairah, Alisha dan Joannanne ditugaskan untuk membersihkan bahagian hadapan sekolah iaitu tembok bersebelahan dengan kantin.

Kerja-kerja di Laman Nada dimulakan dengan menyusun tayar untuk menanam beih baharu dan 2 pokok pain. Mencabut rumput-rampai yang terdapat di dalam pasu dan memasang semula payung taman serta susunan bata. Kerja-kerja diteruskan dengan mengecat tayar-tayar yang digunakan agar kelihatan ceria. ADUN Kota Y.B. Tuan Preakas A/L Sampunathan sempat juga melawat kabin kami yang daif dan bergambar bersama-sama team gotong-royong hari ini.





Selesai semua tugasan kami berkumpul dikantin untuk menjamah makanan yang dibawa oleh anak-anak angklung. Bolehlah nak dikatakan jamuan ringan. Sebelum pulang Cikgu Izzakir sempat memberikan duit raya kepada semua anak-anak seni yang terlibat dalam aktiviti hari ini. Alhamdulillah.





Thursday 9 May 2024

MyHero 4.0

Persembahan tergezut dari PSS yang aku dapat daripada Cikgu CT. Maka kusipakan anak-anak angklung dengan lagu medley selama 8 minit dan mendapat sambutan daripada para tetamu. Kami juga sempat mengiringi tetamu ke pentas dan memperlihatkan silat sembah kepada mereka.








Sunday 5 May 2024

Rumah Terbuka DUN Bandar Utama

Kami bergerak ke san tepat jam 9.30 pagi bersama-sama dengan 14 orang ahli KAW Team dan 3 orang guru. Biasalah Cikgu CT, Cikgu Izzakir dan aku Cikgu Ena. Ramai dah orang di sana rupanya, ingatkan kami yang paling awal. Mereka sudah sedia menanti untuk mengambil makanan pada jam 10.30 pagi. Selesai menempatkan alatan anak-anak angklung kuarahkan untuk mengambil makanan terlebih dahulu. Kami berposing dengan kamera dahulu. Ingatkan gempak sangat...biashe-biashe jer rupanya.



Selesai makan kami berkumpul semula di belakang dewan dan menanti untuk memniat persembahan pada jam 11.50 pagi tapi terlajak sehingga 12.00 pm. Apa-apa pun niat kami untu membawa lagu medley sepanjang 20 minit dan sebuah lagu lagi berjaya. Dengarkalah sebahagian darinya di channel kami.


Jam 12.50 kami mula bergerak pulang dari sana setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Emcik John Leong.




Friday 3 May 2024

Muhibbah Raya 2024

Sesi Pagi

Gimik dmulakan sebaik sahaja selesai ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran 1 Encik Mohd Din bin Dollah. Idea spontan yang diperolehi semasa berada di IEG Campus, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, gimik berjalan dengan lancar dan persembahan anak-anak KAW Team pun sempurna walaupun mereka hanya ada dua hari sahaja untuk berlatih. Betapa ini menunjukkan mereka adalah pemain yang profesional sudah. Alhamdulillah berkat usaha pengerusi yang jitu juga. Mereka membawa lagu terkini yang viral pada tahun 2023 iaitu Raya, Raya, Raya nyanyian kumpulan Dolla dan Raya yang dipopularkan oleh Jalil Hamid. Lagu evergreen.





Sesi Petang

Gimik yang sama juga dilakukan selepas ucapan perasmian oleh Puan Siti Norizan Penolong Kanan Petang. Persembahan dimulakan dengan lagu Ketipak Ketipung Raya diikuti dengan anak-anak KAW Team dari tingkatan 1 dan 2. Mereka membawa dua buah lagu raya iaitu Menjelang Hari Raya yang dipopularkan oleh penyanyi D.J Dave dan Seloka Hari Raya yang didendangkan oleh Hail Amir dan Uji Rashid. Anak-anak Seni kebudayaan menguasai pentas petang ini dengan tarian Raya,Raya, Raya, nyanyian solo Afiqah diiringi pemain gitar solo Charonnica, nyanyian duet Elis dan Areesha dengan tajuk lagu Raya Mana? dan Boria Hari Raya dari kumpulan Boria Sri Muda. Penari senior sesi pagi turut memeriahkan sambutan raya petang ini dengan tarian lagu Alamak Raya Lagi.




Thursday 2 May 2024

Majlis Pelancaran Buku (Kumpulan Puisi) : Puisi Larut Malam Noura AR

Jemputan dari Pok Deng melalu wassap dan diteruskan dengan surat jemputan. Pertama kali kami berada di tengah pusat bandar Kuala Lumpur pada tahun ini semenjak PKP berlabuh. Perjalanan kami ke sana alhamdulillah lancar dengan mudah kami dapat memakirkan kereta di situ.Awal kami sampai untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Maklum, nak keluar Shah Alam jem dan nak masuk Kuala Lumpur pun jem. 

Sesampai di sana kami menyiapkan tempat dan menyusun alatan. Kami memulakan persembahan 2 buah lagu iaitu Aci-Aci Buka Pintu dan Seloka Hari Raya sebagai permulaan dan sambutan kepada para tetamu yang hadir di majlis tersebut. Sebaik sahaja selesai majlis pelancaran kami memulakan persembahan semula dan kami dapat mengalunkan 10 buah lagu lagi.





Di sana kami berkesempatan berjumpa dengan 2 orang artis yang gah suatu masa dahulu iaiatu Saharul Ridzwan dan salah seorang bekas penyanyi yang popular di tahun 1980an iaitu Ferry Anugerah Makmur. Kami berkesempatan mengabadikan memori kami bersama-sama mereka berdua di sana.


Selesai persembahan dan acara makan-makan kami iberangkat pulang pada jam 2 petang setalh bergambar sakan melebihkan artis yang ada. Hahahaha....seronoknya kami!!!! Terima kasih daun keladi, lain kali jangan lupa jemput kami lagi ya.