Tahun ini KAW Team berkolaborasi dengan Kelab Seni Kebudayaan sesi pagi dan petang untuk melaksanakan gootong-royong di Laman Nada. Alatan dan bahan sudah kami pesan seadanya untuk melaksanakan sesi ini. Memulakan tugasan dengan membahagikan kerja kepada mereka. Umairah, Alisha dan Joannanne ditugaskan untuk membersihkan bahagian hadapan sekolah iaitu tembok bersebelahan dengan kantin.
Kerja-kerja di Laman Nada dimulakan dengan menyusun tayar untuk menanam beih baharu dan 2 pokok pain. Mencabut rumput-rampai yang terdapat di dalam pasu dan memasang semula payung taman serta susunan bata. Kerja-kerja diteruskan dengan mengecat tayar-tayar yang digunakan agar kelihatan ceria. ADUN Kota Y.B. Tuan Preakas A/L Sampunathan sempat juga melawat kabin kami yang daif dan bergambar bersama-sama team gotong-royong hari ini.
Selesai semua tugasan kami berkumpul dikantin untuk menjamah makanan yang dibawa oleh anak-anak angklung. Bolehlah nak dikatakan jamuan ringan. Sebelum pulang Cikgu Izzakir sempat memberikan duit raya kepada semua anak-anak seni yang terlibat dalam aktiviti hari ini. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment