Sunday 30 August 2015

Malaysia Tanahairku 2

Ke Alamanda sekali lagi untuk membuat persembahan yang terakhir dalam  bulan Ogos 2015 ini. Berbekalkan hanya 13 orang pemain angklung sahaja. Bersiap sedia apabila sampai ke Hub Alamanda. Terus ke bahagian informasi untuk mendapatkan kemudahan. Uncle Sam dihubungi memberitahu kami sudah sampai di Alamanda. Jam 6.15 petang terus memulakan persembahan setelah segala persiapan dibuat.






Sebanyak 13 lagu dipersembahkan pada petang ini. Termasuklah 3 buah lagu patriotik sempena menyambut Hari Kemerdekan Malaysia yang ke 58.

Pukul 7 malam menuju ke Chicken Rice Shoppe untuk dinner. Lambatlah plak siapnya makanan. Kata nak siapkan pukul 6.30 petang. 7.15 malam apa pun tak boleh..........nak makan!





7.40 malam bergegas ke The Hub semula untuk memulakan persembahan kedua. Bagai nak gila bebudak.....kesian mereka. Itulah kehidupan sebagai artis dik Non.....Alif tak mampu untuk meneruskan perjuangan pada malam ni. So...Ariff ditugaskan untuk mengambil alih nombor yang dimainkan oleh Alif. Terbaiklah anak-anak angklungku. Berbekalkan lampu suluh yang kubeli tenghari tadi di DIY Giant Bukit Kemuning mereka dapat memberikan persembahan yang baik.






Tamat persembahan berkemas dan menikmati aiskrim. Uncle Sam belanja. Kemudian menuju ke panggung untuk menonton movie Inside Out. Pulang ke sekolah lewat hari ini. Terima kasih kepada anak-anak angklungku!



No comments:

Post a Comment