Thursday 3 December 2020

Bengkel Telepuk

Sebenarnya aku tak tahu apa itu telepuk....sebab itu bila ditawarkan untuk sertai bengkel ini aku terus daftarkan diri. Seni ini hampir pupus rupanya sebab pewarisnya amat kurang. Alhamdulillah aku dapat mempelajarinya walaupun secara online. Tapi..maklumlahkan...secara maya, maka hasil yang aku dapat pun lemah tak bermaya. namun ia tidak akan mematahkan semangatku untuk terus mempelajarinya. So, aku terus menghubungi Puan Raja untuk memasukkan aktiviti ini dalam Kelab Kebudayaan pada tahun 2021. Ku hubungi Puan Intan untuk mendapatkan maklumat tentang bahan dan alatan yang diperlukan untuk aku siapakan kertas kerja. Hari Rabu nanti aku perlu berjumpa dengan Puan Raja untuk membincangkan hal ini. Moga termakbul aktiviti ini seperti kelab angklung yang telah menjadi kebitaraan sekolah. Aktiviti bengkel ini juga turut disertai oleh Kebawah Dulu Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azozah Aminah Maimunah Iskandarian Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, DK., DMN., SSAP., DK.(Johor)., SPMJ., PKC., PKT., PJK., DK..(Brunei). 



  


    
Bukan senang nak buat ya....

No comments:

Post a Comment