Sunday 11 March 2018

Hari Tanpa Kenderaan

Masih lagi lewat......bergerak 6.10 minit  ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk menunaikan kewajipan sebelum meneruskan aktiviti pagi ini.  Faris, Azrul dan Hazni yang lewat diarahkan terus bergerak ke masjid dan kami akan menanti di sana. Menukar tempat pakir dan kemudian mengarahkan anak-anak angklung bersiap-siap dan Ehsan membantu aku menyusun skor dalam fail. 7.15 kami bergerak ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Terus ke khemah urusetia dan kemudian mengmabil sarapan pagi. Meehun goreng bersama-sama air mineral. Alhamdulillah.

 

Bersedia dengan angklung.....menyerahkan lagu kepada orang PA Sistem. Menghala ke tandas awam untuk menunaikan hajat tapi tak kesampaian. CT call...akak dia orang suruh start sekarang. Pulak....pusing balik aku. Simpan dulu apa yang nak dibuang ni.

 

Hari ini CT mengendalikan audio sementara aku merakamkan memori untuk kelab. 5 buah lagu sahaja kami dendangkan hari  ini. Masa diberikan hanya 20 minit. Semuanya berjalan lancar. Setelah mendapat upah kami bergerak pulang ke sekolah. Persembahan yang paling singkat dalam tahun ini setakat ini. Terima kasih kepada anak-anak angklung yang terlibat pada hari ini.

  





No comments:

Post a Comment